[ S L O W U P D A T E ]
Eblees.
Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh.
Belagak bagus.
Belagak hebat.
Belagak pandai.
Disebabkan kehadiran seora...
Emy menjerit nyaring dari bilik aku. Berdengung telinga sumpah aku tak jujur. Mata aku golekkan ke atas.
"Kalau aku cakap tak bole?"
Aku membalas dengan jeritan juga. Namun dengan versi yang lebih ayu la. Risau suara hilang pulak kejap lagi. Oh, biasalah. Aku sekarang kan sudah famous. Suara macam Next, Next. Tok you. Gurau.
"Aku ada tanya kau ke boleh ke tak?"
Emy datang sambil mengepit baju di celah ketiak kepompom ketiak kepompomnya. Oh, semoga rumput-rumput menghitam tak melekat kat baju aku.
"Kau tau? Cakap dengan kau macam cakap dengan babi. Cuma babi tak reti cakap melayu."
"Alahh. Manusia kan ada DNA babi. Macam kau la. Sebab tu hidung kembang terpenyek. AHAHAHHAHA."
Aku mengangkat seterika yang masih panas berasap dan aku sua ke mukanya.
"Mak aku cakap, kalau orang cakap babi kita kena iron mulut dia."
"Mak aku cakap, kalau orang tu marah kalau kita cakap dia babi maknanya dia babi hutan. AHAHHAHAHAA. "
Belum sempat aku menekapkan seterika ke badannya, pantas dia memecut ke bilik aku dan menghempas pintu bilik. Aku tak paham apa masalah perempuan ni. Baju kat rumah dia tu tak terkira. Kaki kuman pun tak boleh lawan. Baju aku yang kurang sikit ni la yang dia nak.
Oh, lupa. Baju aku semua RM1000 ke atas. Paling murah RM999.90. Tak riak. Saja menunjuk. Eheeeeee.
Selesai menggosok baju kurung modern berwarna hitam keemasan dan tudung berwarna emas, aku terus melangkah ke bilik aku. Tak sabar nak pakai baju dari Australia berharga RM1530 ni. Mesti terserlah kejelitaanku.
Aku menidurkan bontotku di atas kerusi berhadapan meja solek aku. Badan aku hadapkan ke arah cermin. Wah, bidadari itu memang ternyata mujud.
"Tak sia-sia mama aku lahirkan aku di muka bumi ini. Cantik gila bakhang."
Foundation aku capai dan aku tempek kat muka. Seterusnya, berus bulu kambing aku capai bagi meratakan foundation tadi. Bulu kambing bagus untuk menghilangkan sunburn. Fakta!
Selesai menyapu foundation, aku mencapai pula eye shadow dan warna cream dan aku ratakan ke seluruh permukaan kelopak mata. Kemudian, aku letak pulak dengan warna hitam di bahagian hujung kelopak diikuti warna coklat gelap pula. Ditambah lagi dengan glitter. Selesai bahagian kelopak, aku capai pula eyeliner dan aku tarik di bahagian bulu mata. Kasi ada ekor babi sikit dihujung. Okay, perfect!
Akhir sekali, aku capai bulu mata palsu yang aku beli dari New Zealand berharga RM5, 000 dan aku tempekkan ke bulu mata aku. Okay, cantik.
Selesai memake up muka, aku sarung baju cantik aku ke tubuh yang juga cantik aku ini. Tak sia sia cikgu aku ada anak murid macam aku ni. Eh, apa kena mengena?
Siap bersiap, aku keluar dari bilik. Mana minah sekuntum tu? Lama betul bersiap. Aku malas nak tunggu, kasut heels setinggi rumah flat aku capai. Bukan nak riak, tapi kasut ni berharga RM4599. Tak murah pun. Mahal je. Hehehehe. Aku anak orang kaya suka hati la nak beli harga berapa pun. Ya Allah, janganla Engkau sambar aku dengan kilat.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.