"Hello and good night. Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi hadir ke majlis saya ini.."
Aku sudah menguap kecil mendengar ucapan koman Syazana. Kecil ke kalau aku ditegur oleh seorang lelaki yang duduk di hadapan aku?
"Tutup mulut la. Aku boleh nampak tahi lalat dekat lidah kau."
Terus aku tutup mulut dengan kelajuan Ying. Mujur lelaki itu budak kelas aku dan dialah makhluk yang menegur tentang kesuburan bulu kaki aku. Memang mulut buntut kera betul.
"Sekian, terima kasih."
Akhirnya tamat juga ucapan ala-ala pengetua dia tu. Bahasa tak boleh jalan betul. Ada patut buat ucapan bahasa baku? Geli ketiak aku dengar. Aku harap cita-cita dia bukan seorang pengetua.
Pantas aku mencapai garfu dan sosej goreng aku sambar. Tiga biji aku sumbat dalam mulut sekali gus. Aku memang tengah lapar ni boleh pulak Syazana bersajak dekat meja potong kek.
"Irena, kau jangan tunjuk yang kau lapar tahap lahanat. Malu aku."
Emy berbisik perlahan pada telinga aku. Aku masih menyumbat sosej ke dalam mulut tanpa rasa sedikit pun perasaan was-was. Aku baca surah An-Nas dulu eh sebelum makan.
"Kenapa? Kau nak?"
Terus aku membuka mulut aku luas-luas di hadapan muka Emy. Sempat aku menghembus nafas sedikit. Emy mahu muntah apabila terbau aroma enak dari mulut aku.
"Satan kau, Irena. Bau macam punggung badak kau tahu tak? Yucks.. Dah la aku nampak semua sisa dalam mulut kau."
"Oh, kau pernah bau ke punggung badak? Bau apa? Wangi?"
Aku menghamburkan gelak kuat kepada Emy. Gadis itu menahan mukanya dengan tangan sendiri. Menahan simbahan asmara aku mungkin.
Aku kembali menyumbat makanan ke dalam mulut. Emy hanya menggelengkan bahu. Eh, bahu mana boleh geleng. Hahahahaaa. Hambar. Emy menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Sosej aku buat lubang di tengahnya. Tangan aku laju mencapai salad dan aku gulungkan sehingga menjadi kecil. Salad yang sudah lunyai itu aku sumbat ke dalam sosej kemudian aku suap ke dalam mulut. Nikmatnya.
Aku cuba yang lain pula. Masih lagi sosej memandangkan aku gila sosej. Kau goreng sosej selori pun aku mampu telan. Telan aje la. Nanti aku muntah balik.
Sebiji sosej aku potong kepada tiga bahagian. Lagi kecil lagi sedap dimakan. Semangkuk coklat aku ambil dan aku curahkan ke atas sosej. Sosej coklat itu aku sumbat ke dalam mulut. Sedapnya.
"Yuckss.. Dasar golongan asli."
"Ayok.. Tatayok.. Kau yuckskan makanan. Nanti Allah tarik rezeki kau padan muka."
Emy menjulingkan mata ke atas. Padan muka. Siapa suruh yuckskan makanan aku. Aku amat tidak menggemari apabila manusia meyuckskan makanan. Kenapa nak geli dengan rezekiNya? Sedangkan Rasulullah pun tak pernah cakap yang baginda gelikan sesuatu makanan. Kalau Rasulullah tak suka makanan itu, baginda akan diam dan tak makan. Eh, aku terbebel ke? Abaikan.
Emy memandang hadapan. Dia ralit dengan persembahan nyanyian Adam dan Arjuna. Aku dah bosan dengar suara Adam. Kalau dulu boleh la aku rasa sedap. Tapi sekarang tidak lagi.
Aku pandang pula piring kaca yang berada di hadapan Emy. Ada sepotong kek coklat yang belum disentuh lagi. Mulalah lampu kejahatan aku gatal nak keluar daripada lubang hidung.
Piringnya aku tarik perlahan-lahan. Bengap Emy ni. Langsung dia tak perasan akan kehilangan pinggannya. Aku syak dia ni terangaukan Adam. Tak pun Arjuna.
Mata aku meliar ke atas meja. Mencari sesuatu bahan yang boleh aku jadikan sebagai senjata untuk kenakan Emy. Serbuk cili. Yes, bahan paling cantik pada abad ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
