Aku memegang kertas yang aku rasa setebal bulu kaki aku ni. Tak pasal aku kena korbankan lemak dan kalori aku hari ini. Lemak bawah dagu aku berkurangan, siap cikgu tu. Aku cabut tahi lalat dekat hidung dia.
Aku melangkah ke kelas aku terlebih dahulu. Kena tarik Emy jugak ni. Mana boleh aku kurus seorang diri. Nak kurus, biar kurus bersama-sama. Kalau gemuk, biar aku aje bersendirian.
Mesti pelik kan kenapa aku nak gemuk memandangkan perempuan zaman sekarang sibuk sangat nak kurus walaupun sebenarnya dia dah kurus? Berat aku hanya 42 gram dan tinggi aku 160 sentimeter.
Sampai ada cikgu cakap aku ibarat batang padi yang sedang dibuai angin petang dan Emy pula ibarat jentera padi yang sedang menghentam angin.
Nasib cikgu sivik tak datang. Kalau datang pun memang aku akan ponteng. Aku masih tak faham kenapa pelajar menengah atas pun kena ambil Sivik. Sivik aje pun. Aku tak baca buku pun boleh dapat A+.
Tolonglah mansuhkan. Sivik memberi harapan palsu dekat aku. Bila tengok rekod keputusan, boleh dikatakan banyak A. Tapi ditolak Sivik, maka berkurangan A aku.
"Emy, jom teman aku kutip pahala."
Aku menarik tangan Emy. Kelang-kabut dia melempar bulu ayam yang berwarna pelangi itu ke tepi. Minah ni aku tak faham jugak. Dia punya tahap rajin tu, sampai habuk pun segan silu nak singgah. Kalau aku ni, habuk datang tak berjemput dah.
"Ehh.. Aku tak nak la."
"Ada aku tanya kau nak ke tak?"
Emy terpaksa ikut tanpa rela. Aku tersengih jahat. Sehelai kertas aku hulurkan kepada lelaki yang berada di hadapan pintu. Belum sempat dia menyoal aku, terus aku mengangkat kaki dari situ. Lantak kau.
"Mana kau dapat benda alah ni?"
"Kertas ni jatuh dari langit. Aku kutip la. Lepas tu matahari cakap tolong edarkan dekat setiap kelas."
"Kau ingat kelakar ke?"
Terus Emy menendang kaki aku. Aku yang tengah berjalan macam model sesat ni terus tersadung dan dengan selamatnya menghempap bumi. Maka, berterbanganlah kertas-kertas itu.
Ketika aku tengah kesakitan, datanglah seorang lelaki lalu membantu aku mengutip kertas-kertas itu. Aku yang kalut mengutip kertas secara tidak sengaja menarik kertas yang turut dipegang oleh lelaki itu. Dan mata kami bersambung.
Hah, hidup aku tak cliché sebegitu rupa. Kalau aku jatuh selama ni pun, memang para lelaki tolong. Tolong gelak. Zaman mata bertentang mata sudah lama berlalu. Sekarang zaman hati retak kerana bluetick.
Aku pelik dengan orang yang kecewa kerana dapat bluetick. Kalau tak nak hati kecewa kerana tidak dilayan, tutup saja bluetick. Sudah pasti anda hidup dengan tenang dengan berhusnudzon bahawa orang tersebut sibuk melatih anak kucing berjalan. Mungkin?
Aku menjeling Emy dengan pandangan burung hantu. Terus aku merentap kakinya menyebabkan nangka itu turut jatuh menimpa bumi. Mampus retak simen sekolah ni.
"Kau kenapa, setan?"
Aku terus duduk mencangkung. Padan muka. Mana boleh aku jatuh berseorangan. Berdiri harus sama tinggi, jatuh harus sama sakit. Baru dunia dikelilingi dengan keadilan. Macam mana nak dapat pemimpin yang adil kalau diri sendiri pun tak adil?
"Dari kau asyik memuja syaitan, baik kau kutip balik kertas-kertas ni."
Emy mendengus lalu mendekati aku. Nasib tak ada orang lalu dekat kawasan ini. Kalau dah, mahu kena viral aku dengan Emy ni. Aku tak rela hot sekelip mata. Nak hot, biar aku usaha dari bawah.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Genç Kurgu[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
