"Okay guys, aku nak korang serious lepas ni. Korang pun tau kan lusa dah lawan. So, petang ni macam biasa. Lari sepuluh round satu gelanggang dulu. Warming up. Then, terus main."
Aku mengeluarkan arahan. Yang lain hanya patuh dan mula membuka langkah. Mereka beratur memanjang sambil berlari anak mengelilingi gelanggang bola jaring ini.
Aku duduk di atas kerusi sambil memandang ke arah barisan lelaki yang bersungguh berlari mengelilingi gelanggang. Bagus budak-budak ni. Sentiasa menurut perintah. Bukan macam Emy. Soalan dalam kertas ujian suruh bulat, dia dengan rajinnya pergi warnakan. Alhamdulillah, sepuluh soalan tak sempat jawab.
Hari paling indah bila tak payah masuk kelas dengan alasan yang kukuh. Walaupun lagi sebulan nak SPM, namun iblis masih melekat rapat dengan aku. Nanti la pergi jampi dengan Heal.
"Tumpang lalu, sifu."
Arif yang hanya bersinglet hitam, membongkokkan badannya dan berjalan perlahan melintasi aku. Adakah anda berfikir anda calon suami yang aku cari? Bulu ketiak bergulung. Tak ada selera aku nak tengok. Cita rasa aku yang lurus je.
Sepuluh minit mereka membuat aktiviti memanaskan badan dan sepuluh minit juga aku menyaksikan ketiak ketiak para jejaka di hadapan aku. Memang lelaki tak reti cukur bulu bawah lengan ke? Tak ada seorang pun lelaki yang berdiri di hadapan aku, ketiaknya flawless. Tak. Ada. Langsung.
"Adek manis pandang apa tu?"
Eddy yang berdiri di sebelah aku, bersuara seperti aney dekat kedai mamak. Aku menjelingnya meluat. Sibuk je!
"Eh, kau. Asal tak warming up sekali?"
"Cuba teka, orang asthma perlukan inhaler untuk bernafas bila semput. Tapi aku perlukan apa untuk kekal rasa panas?"
"Ermm.. Inhotter?"
"Salah. Soalan senang pun tak tau."
"Hah, apa jawapan?"
Eddy berdehem kecil terlebih dahulu. Baju jersi berlengan pendeknya dibetulkan. Rambut dikemaskan rapi menggunakan gigi berduri itu. Fakta, bila perempuan dengan cermin, lelaki pula dengan sikat.
"Jawapannya, aku perlukan in-Heal-heart untuk kekal panas. Dan bila kau hadir bagai satu misteri. Uuuwuuuuuuhuuuu..."
"Eww! Kepelbagaian selera! Jijik!"
"HAHAHAHAHAHAHAHA"
Terus aku pergi dari kerusi itu dan aku bergerak ke gelanggang. Telinga dapat menangkap beberapa suara yang tengah menggelakkan aku. Biadap!
"Dua minit kalau gelanggang tak penuh, lari sepuluh round satu sekolah."
Terus mencicit lari seperti tikus sampah masuk ke dalam gelanggang. Sesuailah tikus. Memasing ada bulu ketiak. Tapi, bulu ketiak yang satu itu tetap menjadi pedoman hati. Okay, move on!
"Game hari ini, yang kalah akan dikenakan denda. Denda apa? Lepas game baru akan tau. Paham?"
"Paham, puan!"
"Ada soalan?"
"Mikayla mana?"
Arjuna bersuara agak selamba. Terus hati aku hilang seri pada hari ini. Kenapa tak tanya tentang aku? Aku ada depan nata dia tak nampak, anak kutu jauh di sana pula dia cari. Terasa hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
