▪ 47 ▪

3K 270 40
                                    

                 "Kita nak pergi mana ni?"

                 "Ehh ehhh.. Kenapa masuk jalan ni?"

                 "Hutan mana ni? Aku tak pernah tengok pun."

                 "Arjuna!"

                 "TUNA!!"
 
                 Aku mendengus geram. Dari awal tayar kereta aku ni bergolek, sampai sekarang mulut burung unta ni tak reti nak diam. Tenaga dia tu made in Rusia ke apa? First night nanti confirm dia champion.

                 "Boleh diam tak? Kalau aku tersondol bontot lori, aku sumpah kau jadi duit."

                 "Asal duit?! Duit buruk!"

                 "Biar buruk, asalkan berguna. Jangan jadi macam kau. Dah la buruk. Tak berguna pulak tu."

                 "Malas aku cakap dengan kau!"

                Irena terus mendiamkan diri. Pandangan terus dilemparkan ke luar tingkap kereta. Aku tersengih kecil. Berjaya! Senang sahaja nak diamkan kaum perempuan ni. Kutuklah mereka. Dijamin akan senyap setahun. Kalau tak senyap tu, siasat balik jantina beliau.

               Perjalanan kami hanya ditemani bunyi pendingin hawa. Aku memandang sedikit wajah Irena. Dia ralit memandang hadapan dengan wajah yang tak manis langsung.

                "Buka radio boleh?"

                "Tak boleh. Jimat elektrik."

                "Kepala lutut kau jimat elektrik! Kereta Justin Bieber pun tak guna elektrik nak buka radio!"

                "Itu kereta Justin Bieber. Ini kereta Nur Arjuna Fahim."

                Aku menghadiahkan jelingan kepada Irena sebelum sempat dia jeling aku dahulu. See my level la! Ingat perempuan je ada mata boleh main jeling jeling ni? Huh!

                Sepuluh minit kemudian, aku memberhentikan kereta betul-betul di hadapan mall setinggi lima tingkat. Orang kaya mana main mall satu dua tingkat. Ewwww!

          Qokkkk.... Qokkkkk.... Qokkkkk...

            Babi mana pulak sesat dalam kereta aku ni? Buruk betul bunyi. Aku pandang sebelah dan wajah yang sedang enak dibuai mimpi yang aku rasa mungkin agak ngeri itu aku tenung. Penghawa dingin aku matikan bagi menajamkan lagi deri pendengaran aku.

           Qokkkkk..... Qokkkk... Kekkk kokkkk...

            "Sumpah la dengkur dia bunyi macam ni? Muka je cantik, dengkur macam badak."

              Aku yang lelaki pun tidur tak terbuka mulut. Dengkur pun halus je macam kicauan flamingo. Seatbelt aku buka. Iphone yang terkurung di dalam poket seluar, aku tarik keluar. Inilah masa yang paling bermakna dan bernilai. Camera aku buka dan mula menangkap gambar di buruk yang sedang tidur. Sedekat yang mungkin aku ambil. Pastikan gambarnya buruk. Boleh buat bahan kalau dia reject cinta aku.

              Done. Aku tersengih jahat. Iphone aku simpan semula di dalam poket seluar. Sekarang ni macam mana aku nak kejut badak ni bangun? Nak sentuh tapi serba salah pulak. Risau tercemar perawan beliau.
Ehekk

              Aku naikkan jari telunjuk aku. Hujung jari aku tolak tolak kepala gadis itu. Dia bergerak hanya seinci. Mulut tertutup namun dengkuran makin kuat pulak. Eh, kau. Aku kejut bukan dodoikan kau.
   
              "Aduh, takkan sesi kejut-mengejut kau pun dah sampai suku chapter kot?"

The VirtuosoWhere stories live. Discover now