Seminggu berlalu dan akhirnya aku bebas daripada cengkaman exam dengan begitu indah sekali. Percaya atau tidak , selepas tamat kertas peperiksaan terakhir iaitu pada hari Jumaat, aku terus ke McDonald's dan menyambut kehabisan exam dengan begitu seronok sekali. * Baku sangat ke ayat aku ni? *
Cikgu Fizik melangkah masuk ke dalam kelas sambil mengusung kertas putih yang tak berapa tebal. Kau boleh agak kertas apa tu? Semestinya kertas peperiksaan Fizik! Aku bakal mati dalam masa tiga minit daripada sekarang.
"Assalamualaikum, cikgu."
Tangan kanan ke dada dan kami menunduk hormat. Lima saat kemudian, cikgu memberi kebenaran untuk kami duduk. Dan selepas itu...
Pap!
Rotan selamat sampai ke atas meja guru. Tersentak kami semula. Percaya tak kalau aku cakap meja guru itu berasap? Tolong percaya sebab memang dah berasap!
"Semua bangun sekarang!"
Skerappp!
Kami hanya beku di tempat sendiri sambil mata terkebil-kebil melihat rotan yang hujungnya dibalut pula dengan binding tape * betul ke?* .
Pap! Pap ! Pap!
"Bangun!"
Skirip! Pap! Pap!
Semua bagaikan dipukau dengan paluan rotan ke meja yang aku rasa menghasilkan satu lagu.
"Man's not hot. The things go gerahhhh ahh pap pap pap.."
Serentak kami menyanyikan lagu Big Shaq itu sambil menari-nari bahagia. Kan aku dah cakap rotan dia menghasilkan lagu. Berbakat jugak cikgu ni.
"Dalam kiraan tiga siapa tak berdiri tegak, berasap buntut sorang-sorang. Satu!"
Suara cikgu itu memetir kuat. Terus terdiam kami semua. Fendi yang paling kuat menyanyi dan menari terus berdiri tegak dan tangan rapat ke sisi. Kalau masuk kawad kaki ni, mesti juara terus.
"Kau orang ingat saya main-main? Sudahlah jawab exam pun macam kera sumbang. Jawab macam orang zaman Paleolitik. Kosong sekosong kosong batu lesong."
Dia mula membebel entah apa-apa. Niat di hati nak menguap, tapi risau pula kalau-kalau rotan itu tercacak dalam kerongkong aku. Tak pasal masuk 999.
"Fendi!"
Terus bergetar kepala Fendi apabila namanya yang diseru dahulu. Aku menahan diri daripada ketawa apabila melihat wajah yang selama ini cover macho sudah berubah menjadi anak ayam mati tersepit.
"Apa yang kamu jawab, hah? Maksud tangki riak tu apa? Ada ke saya ajar tangki riak tu tangki simpan najis?"
"Err... Tak.. Tak..."
"Tak apa?!"
"Tak ada, cikgu!"
Tergagap-gagap dia menjawab. Cikgu itu mengangkat tangan Fendi menggunakan rotannya. Fendi berzikir berkali-kali apabila rotan tersebut membelai-belai tangannya.
"96% markah."
Piap!
"Ibuuuu..!"

YOU ARE READING
The Virtuoso
Fiksi Remaja[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...