◾ 07 ◾

8.1K 762 129
                                        

             Hari Isnin. Hari pertama sekolah setelah dua hari aku bersara sebagai seorang pelajar. Baru minggu ke dua sekolah, aku dah berat punggung nak pergi.

           Kadang-kadang aku terfikir, kenapa tak buat sekolah seminggu, lepas itu cuti sebulan. Atau sekolah sebulan, cuti sekolah setahun. Ada juga masa untuk aku berehat. Setuju?

            Aku akan laksanakan bila aku jadi menteri pendidikan suatu hari nanti. Ceh, berangan lah kau, Irena. Sampai kau beranak ayam pun tak mungkin jadi.

            Aku menunggang Ninja dengan mata yang layu. Mengantuknya. Semalam aku tidur pukul 3 pagi sebab melayan peminat aku dekat Instagram. Terhibur aku dengan perangai dia orang.

            Memandangkan hari ini ada Pendidikan Jasmani Kesihatan, aceh.. Geli aje sebut nama penuh subjek ini. Aku singkatkan. Memandangkan hari ini ada PJ dan aku sedang memakai baju sukan dan seluar, aku menunggang Ninja ke sekolah. Seronok sikit. Angin tak perlu di bayar.

             Tiba di sekolah, aku meletakkan Ninja di tempat motosikal. Tak ramai yang menunggang motosikal ke sekolah. Almaklumlah, semua berlagak naik kereta gempak-gempak. Kena langgar trailer baru tahu aku lelaki atau perempuan.

             Helmet aku sangkut di tangan. Tudung aku betulkan. Dah agak rupa macam Neelofa, aku mula mengatur langkah menuju ke dalam bangunan sekolah.

            Helmet dan jaket hitam aku simpan di dalam loker sebelum aku mengunci loker kemas. Kaki aku aturkan ke kelas 5 Diamond.

          Tak ramai lagi yang datang. Awal lagi. Tabiat aku dari sekolah lama. Aku akan datang ke sekolah 20 minit awal. Sebab itu aku selalu rilek aje. Dalam masa 20 minit, kau boleh siapkan kerja sekolah kau. Tapi dengan cara mencetak semula jawapan dari kawan kau.

              Aku meletakkan beg Adidas di dalam laci meja. Luas sikit ruang untuk punggung aku bermanja dengan kerusi ini. Kalau ada beg nanti terhalang ruang untuk punggung aku berehat.

             Aku meletakkan kepala di atas meja. Inilah saat-saat yang aku nanti-nantikan semenjak berada di atas Ninja lagi. Mata aku bagaikan ditindis-tindis oleh Jin perut buncit.

            Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku pun menutup mata perlahan-lahan dengan penuh keayuan. Indahnya nikmat tidur yang sebenar. Dengan ditemani lima buah penghawa dingin. *act aku konfius penghawa dingin or pendingin hawa*

             "Niii... Nooo... Niii... Nooo... Bangun. Bangun. Dajjal dah keluar. Irena. Bangun."

             Tak sampai sepuluh minit aku bermimpikan calon suami aku, suara iblis datang menampar gegendang telinga aku.

           "Dajjal kepala lutut kau, Emy. Blah la. Aku nak tidur pun tercacat cela."

            "Eh, halau aku pula. Jom la turun padang. Tinggal kau sorang aje ni."

            Emy menarik tudung aku ke hadapan. Terus tegak badan aku. Pantang empat kerat tujuh keturunan aku orang ganggu kemakmuran tudung aku.

           "Biadap. Kau tunggu dekat Padang Mahsyar nanti."

            Maki aku sambil tangan sibuk membetulkan semula tudung aku yang sudah ke hadapan. Dia ingat ini zaman 2014 ke pakai tudung seperti berada di dalam Gua Hira' tu.

            "Chill, sis. Jomlah cepat. Padang Mahsyar belakang cerita. Sekarang punya cerita, Padang Virtuoso."

           Aku bangun dengan penuh perasaan sebal di dada. Nasib tudung hitam ni senang dibentuk. Kalau tak, memang aku ikat kepala dia depan televisyen. Tengok la iklan #adab dekat mana tu sampai muntah oreo.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang