Aku membetulkan baju sekolah baru yang tersarung cantik di tubuhku. Setelah empat hari aku bersekolah di situ, akhirnya aku berjaya menamatkan zaman swan putih aku.
Dengan seragam baru ini, elok sangatlah aku mencabut batu bata yang aku tampalkan ke muka semenjak hari pertama masuk. Tak perlu berasa malu lagi.
Gila kau tak malu. Orang lain pakai baju warna maroon untuk pengawas dan biru tua untuk pelajar biasa, aku saja yang sesat pakai baju warna putih. Tercalar teruna aku. Uhuk.
Aku tersengih melihat wajah aku yang terpantul daripada cermin. Entah kenapa aku rasa sedikit kelainan hari ini. Bila tengok saja cermin, macam ternampak muka Fazura saja yang terpantul.
Tahniah aku ucapkan untuk Fazura dan Fattah. Dari belakon menjadi suami isteri, akhirnya menjadi realiti. Mungkin aku perlu cari jodoh melalui berlakon? Hah, siapa peminat Fattzura, angkat hidung.
Selesai saja mengemaskini diri sendiri, aku mengangkat kaki keluar daripada bilik. Mata terus memanah ke arah pintu dapur yang terbuka luas.
Terus aku melangkah masuk ke dalam dapur. Hidung aku ternaik-naik seperti tikus menghidu labu sebaik saja bau aroma sandwich tuna berenang-renang melintasi bulu-bulu hidung aku. Sedapnya.
"Good the sun up, daddy. Good the moon down, mummy."
Aku menegur mummy dan daddy dengan penuh aura positif. Aku tahu cara sapaan aku amat menarik. Boleh praktikkan di rumah, ya.
"Mungkin daddy kena pasang lagu assalamualaikum setiap hari."
Dan guruh kilat menyambar tepat ke dalam hati aku. Sejak bila daddy bijak buat tarbiah sentap ni? Semestinya belajar daripada Facebook. Aku pelik kenapa sekarang ni warga pengguna Facebook kebanyakkan daripada golongan emas. Eh, bukan. Golongan berumur.
Sampai satu tahap, pernah sekali aku bagitahu daddy tentang Nur Sajat bakal menamatkan zaman bujangnya. Daddy aku hanya pandang aku tanpa mata sambil menjawab..
"Daddy dah tahu sehari selepas Nur Sajat tu terfikir nak kahwin lagi."
Dan semenjak hari itu, aku tak pernah dan tak akan kongsi perihal dunia dengan daddy aku dah.
Aku buat tak tahu. Kerusi aku tarik dan aku duduk. Berjoget perut aku apabila melihat sandwich lebar-lebar dengan isi tuna yang melimpah ruah.
Laju saja tangan aku capai seketul sandwich dan aku dekatkan ke mulut aku. Mulut aku nganga luas-luas dann...
"Daddy, jangan lupa pasang sekali lagu doa sebelum makan."
Tiba-tiba mulut aku cramp nak gigit sandwich itu. Terus aku pandang mummy yang duduk di hadapan aku. Selamba saja muka mummy sambil tangan sibuk membuang kulit di sekeliling roti.
Sandwich aku letak di atas meja. Peduli apa aku ada pinggan ke tak. Tangan aku tadah tinggi-tinggi dan aku membaca kuat doa makan sekali dengan maknanya.
"Nak pasang doa apa lagi lepas ni? Anak kesayangan mummy and daddy yang cantik ini nak tolong downloadkan."
"Doa tengok cermin I think. Bila kita baca doa tu, kurang sikit sifat riak sehingga puji diri sendiri."
Sungguh aku rasa nak selam muka dalam mangkuk tandas. Aku tak tahu Jin Islam mana tengah rasuk mummy dan daddy ni. Asyik nak memanah aje ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Virtuoso
Novela Juvenil[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...
