▪ 21 ▪

6.6K 584 146
                                        

             Aku memandang kalendar yang tersangkut di tepi papan putih. Minggu depan cuti dua minggu sempena cuti penggal pertama. Mata aku bersinar cantik.

            Terus aku mencabut kalendar secara senyap-senyap. Tak mahu MonDay tu perasan yang kalendar dah hilang. Nanti bising pula jangan main cabut-cabut la. Nanti rosak la. Aku staple kalendar ni dekat dahi jendul dia baru tahu.

            Kalender aku sorok ke belakang. Aku bergerak ke meja Emy. Aku dah berbaik dengan Emy tiga hari lepas selepas dia hadiahkan aku iPhone 6 dekat aku. Nak aku ceritakan? Tak perlulah. Rahsia malam pertama aku dengan Emy.

           Jadi, aku sudah diisytiharkan pengguna IPhone yang terkemuka. Jakun jugak aku dua hari. Orang lalu sebelah aku, sengaja aku angkat IPhone dan letak di telinga. Acah ada orang call. Sekali orang tu keluarkan iPhone X dekat aku. Akibat rasa rendah diri, aku masukkan ke dalam poket kembali.

           Samsung aku yang sudah dua tahun berkhidmat itu aku sudah campak ke dalam tong sampah. Gila tak buang kalau dah nazak macam tu. Bila orang call aku nanti skrin jadi gelap dan bila aku cakap, suara aku terpantul semula. Suara si pemanggil tak dengar.

          "Emy. Tengok ni."

           Kalender aku tunjuk betul-betul di hadapan muka Emy. Juling terus mata Emy yang memang aku rasa sedia juling. Tapi juling itik je la. Kalau tangkap gambar, mata dia akan beralih ke arah lain. Tapi matanya normal bila bercakap dengan orang. Pelik tapi benar.

          "Ada apa? Birthday kau lambat lagi, kan? 31 Mei."

           "Kau ingat birthday aku? Thanks kawan even aku sendiri tak ingat kadang-kadang birthday kau. Tapi tu bukan point aku sekarang ni."

        Aku meletakkan kalendar di atas meja Emy. Bukunya yang sudah terkepak disebabkan hempapan kalender ni aku buat tak tahu. Janji aku boleh berkongsi kegembiraan aku dekat dia.

            "Ada apa kau ni? Semak la."

            "See mak? Mak aku dekat rumah. Kau tak ada abang so kau tak boleh jumpa mak aku. Aku nak tunjuk ni."

             Terus aku menunjukkan kotak-kotak angka yang berwarna kuning sebanyak empat belas kotak. Emy memandang tanpa perasaan.

            "Cuti?"

            "Ya. Bijak."

             Semangat aku terus zup naik ke atas apabila Emy dapat tangkap isi hati aku. Tapi reaksi wajahnya mencetuskan kontroversi dalam hati aku. Mukanya seperti keldai. Bosan ya amat.

            "Kau tak happy?"

            "Oh, kau nak aku happy ke? Jap."

              Emy kalihkan badan menghadap beg sekolahnya pinknya. Tiga minit kemudian, dia kalih semula ke arah aku.

             "Yeay, tahniah sebab kita cuti next week. Yeayy. Aku happy untuk kau. Happy new holidays."

             Emy membaling cebisan kertas putih yang dikoyak kecil-kecil tepat ke wajah aku. Berterabur kertas ke lantai seperti hati aku yang sudah berkecai.

              "Oihh, kau ingat ini laluan red carpet ke main campak-campak kertas? Kutip balik sebe.."

              "Assalamualaikum."

              Kata-kata biro kepoyoan itu mati selepas ada suara yang memberi salam. Terus semua mata tertumpu ke arah lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam kelas kami.

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang