▪ 19 ▪

6.2K 619 61
                                        

"Assalamualaikum. Selamat petang kepada semua yang sudi join aku tak kira lama atau baru. Dalam hidup aku ni tak ada istilah baru sebab aku tak suka title baru. So, kalau kau baru sekali pun, sila berlakon macam kau lama. Bismillahirahmanirahim. Allahuma lakasumna wabika amanna.."

"Matang sikit boleh tak?"

Terus Emy menampar kuat lengan aku. Dasar anak jin. Aku baca doa pun salah ke? Panas la tu. Padan muka.

"Aku baca doa pun salah ke, setan? Kau kalau tak nak dapat keberkatan, sila angkat kaki."

"Nak cari keberkatan pun agak-agak la. Bukan begini caranya. Itu doa buka puasa."

Diandra bersuara malas. Terus terdiam aku. Aku baca doa buka puasa ke tadi? Bukan aku baca doa penerang hati ke? Tak boleh jadi ni. Kena cover macho.

"Salah ke aku baca doa buka puasa? Aku puasa sunat hari ni."

"Oh, ustazah kau ada bagitahu tak maksud puasa tu menahan diri dari makan, minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat?"

Chriss yang baru masuk dalam geng aku pula melancarkan peluru berpandu. Ewah, budak ni. Tak pakai tudung pun tahu maksud puasa dengan baik dan lancar eh?

Wahh, Irena. Engkau sedang menilai orang dari segi penampilan. Kau pakai tudung tapi solat Subuh kau pun tunggang langgang. Solat Zohor pun pukul 4:10 petang. Ada hati nak nilai orang. Lepas ni aku kena beli cermin yang boleh muhasabahkan diri sendiri. Cermin dua ringgit hanya mampu cermin diri dari luaran.

"Okay, whatever. Siapa boleh main drum?"

"Erhh.. Irena kau boleh tak jangan 'drumma' sangat? Kita dah bincangkan semalam dekat WhatsApp?"

Aku terus menampar dahi sendiri. Inilah jadinya kalau tak mulakan hari anda dengan Bismillah. Semua jadi tak kena. Doa buka puasa dijadikan doa penerang hati. Hati tahu nak judge orang.

Insaflah, wahai hamba Allah yang hina. Dunia bakal berakhir. Maksiat berleluasa. Anak derhaka makin bersepah. Akhlak manusia makin ke laut. Andai Rasulullah ada, pasti baginda akan mengalirkan air mata apabila melihat umatnya tidak lagi mempertahankan Islam.

Emy, Diandra dan Chriss bangun dari terus bersila di lantai. Aku turut bangun dan helmet aku letakkan di atas sofa. Baru perasan yang aku masih memeluk helmet itu dari mula aku sampai di studio milik Chriss.

Emy mencapai dua microphone dan salah satu diserahkan kepada aku. Emy merupakan back up singer aku. Diandra selaku guitarist mengambil guitar yang masih terduduk cantik di tempatnya.

Diandra mengetuk-ngetuk belakang guitar hitam itu sambil mendekatkan telinga pada belakang guitar. Aku perhati je apa minah ni tengah buat. Dia teropong pula lubang yang berada di tengah guitar.

"Guitar kau ni keluaran Thailand eh? Logo pula gambar kepala ayam. Ringan semacam je. Tak ory ke?"

"RM1300.99 satu. Tak ory ke?"

"Oh, kepala singa rupanya logo ni. Aku ingat kepala ayam tadi."

Terus Diandra pura-pura tahu. Aku tak tahu betul ke tak logo tu bentuk kepala singa. Diandra ni kalau bab mengcover memang ke lembah neraka. Gagal segagal gagalnya.

Chriss hanya menggelengkan kepala. Minah ni matang sikit. Sebab tu Diandra selalu kena hambar dengan dia dalam group WhatsApp.

"Chriss, ada tak roti Garde.."

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang