▪ 48 ▪

3K 269 24
                                        

                      Aku merenung kalender yang tergantung elok di dinding bilik aku. 14 November yakni jatuh pada hari rabu sudah bermulanya hari yang mampu meruntuhkan tembok kebatinan diri iaitu SPM. Tangan kiri mencekik pinggang yang seperti buah pear, manakala tangan kanan naik ke dagu.

               "Hmm.. Waktu mana yang sesuai untuk aku tidur eh nanti? 30 minit selepas masa menjawab mula atau 40 minit terakhir eh?"

               Otak sudah mula mengatur jalan hidup yang bakal ditempuhi kurang dari tujuh hari. Kertas Bahasa Melayu sahaja mengambil masa selama dua jam setengah. Aku jawab dengan mata tertutup pun baru sejam setengah nak habiskan ke semua soalan. Itu baru mata tertutup. Kalau celik? Fikirlah sendiri.

               Minggu pertama masih tenang dan boleh kejar biawak setiap petang. Subjek teras je. Setakat Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, A+ dalam mulut. Don wori. Aku kan otak berbekalkan satelit. Ilmu melimpah-ruah. HAHAHAHAHAHA

Kau bidadari jatuh dari syurga
Di hadapanku.. Ku..
A yaaaa

             Terencat otak aku yang sedang mengatur jadual tidur di dalam dewan peperiksaan apabila IPhone 11 pro max berwarna midnight green yang sedang mengandung 254GB sedang menyanyikan lagu yang aku rasa sungguh sedap didengari. Iphone yang baru sahaja kenal erti keduniaan itu aku angkat dengan penuh cermat. Hadiah dari daddy sempena SPM yang akan tiba. Well, aku kan kaya. HAHAHAHAHAHA

              "Tuna?"

              Berkerut dahi aku apabila nama Tuna timbul di skrin Iphone. Mimpi apa dia cari aku masa cuti ni? Baru minggu lepas keluar dating dengan aku dah rindu ke? Gatal betul lelaki ni. Kecik-kecik dah pandai rindu aku. Penatlah jadi hot.

               "Ye. Nak apa?"

               "Erkkk... Ehh, kau la cakap."

               "Apa pulak aku? Kau yang nak call, kan?"

               "Aku call, dia jawab, kau angkat. Nah!"

               Ternaik-naik telinga aku apabila mendengar pergaduhan kecil si pemanggil. Aku pandang semula skrin Iphone aku. Betullah nama Tuna. Tapi kenapa bukan suara seksi Arjuna yang jawab?

               "Maaf, saya terlalu cantik untuk discam. Sekian."

               "Eh, nanti! Arjuna nak cakap dengan kau!"

               "Khinzir apa aku yang kena? Aku baru je sampai!"

               Berkerut dahi aku apabila mendengar pergaduhan itu. Suara Arjuna yang sedang memarahi seseorang itu membuatkan aku seperti kera sumbang.

              "Boleh tak jangan main-main!"

              "Arjuna ajak kau datang rumah dia. Dia bodoh Addmath!"

              Aku terdiam seketika. Arjuna bodoh Addmath? Setahu aku dia best student dekat sekolah. Best student pun ada yang bodoh jugak ke? Aku yang tak pernah kenal erti B pun tak dapat gelaran best student.

             "Arjuna anak siapa yang bodoh Addmath tu??

             "Erkk.. Arjuna Fahim la. Result percubaan Addmath dia kan B+."

             "Ohh... Kritikal dah tu tahap kebodohan dia. Okay, 30 minit lagi aku sampai."

            Terus aku matikan panggilan sebelum nama Emy pula aku cari. Ingat aku ni tak kenal erti pemalukan ke? Sudahlah kerash yang minta tolong ajarkan. Malu tau kita. Blushing nanti bila dia tenung wajah mulus kita ni. Ehekk

The VirtuosoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang