"Emy." *aku rasa Emy lebih layak jadi best friend Irena right? So aku tukar*
"Gapo boh?"
"Kau ada nampak buku Addmath aku tak?"
Aku menyoal Emy yang duduk di sebelah aku. Emy memandang aku sebelum dia menggeleng perlahan dan menyambung kerjanya semula.
Aku mengeluh kecil. Sudahlah boleh tahan banyak latihan yang aku siapkan. Nak beli lain aku tak kisah. Masalah yang amat perlu dipandang serius sekarang ni, aku bukan lebah nak rajin siapkan kerja.
Puas aku menyelongkar beg Adidas. Dalam laci pun tak ada. Aku ada cari dalam tong sampah, manalah tahu ada yang hati bangkai dengkikan aku. Bukan nak riak, tapi sekolah lama dulu ramai dengki dengan kelebihan yang aku ada. Bukan kelebihan sangat pun. Muka iras Fazura aje pun.
Berbalik pada cerita, puas aku geledah, namun yang ada hanyalah plastik KitKat. Tong sampah bukan kotor pun. Hanya ada dua bungkusan plastik KitKat dan segumpal kertas putih.
Selepas bertungkus-lumus aku memperjuangkan peluh aku demi sebuah buku latihan Addmath, akhirnya aku tumpas dengan kemalasan.
Aku dah malas nak cari. Pandai-pandailah buku tu nak balik. Kalau rasa dia berjuang kepada aku demi Allah, dia balik. Kalau dia dicipta hanya untuk bebas dan berjalan ke tempat lain, dia akan mati terbakar.Terus aku duduk di tempat aku semula. Tangan aku tongkatkan ke dagu sambil jari mengetuk-ngetuk dagu sendiri. Aku masih memikirkan kehilangan buku aku.
Tadi sebelum rehat, aku rasa aku dah letak dalam beg. Macam mana boleh hilang pula? Mustahil untuk beg itu makan buku aku. Kalau ya pun dia makan, kenapa buku addmath menjadi pilihan?
"Kau betul ke tak nampak?"
"Betullah. Buku kau tanya aku kenapa? Lainlah aku ni personal assistant kepada buku kau."
Aku memandang Emy. Senyap antara kami. Sebenarnya kelas ini memang senyap pun. Taklah senyap sampai boleh dengar kutu berjalan atas kepala. Cuma tak terlalu bising sampai buat kau rasa nak makan Pizza cheesy bites.
Apa yang Emy ni tengah buat? Dari tadi bersungguh-sungguh dia tulis aku tengok. Dan dia seperti sorok-sorok daripada aku.
Aku memanjangkan leher sedikit untuk melihat aktiviti rahsia Emy. Dia tengah buat latihan Addmath. Itu pun nak sorokkan daripada aku.
Tapi aku pelik. Dia ada dua buku. Dan buku satu lagi yang sedang dia cetakkan jawapan itu macam tulisan aku. Tulisan aku aje yang macam tulisan cikgu seni. Tulisan orang lain macam doktor sikit. Sebab itu aku boleh cam.
Terus aku tarik buku yang aku suspek hak milik aku. Terus aku selak helaian pertama. Ada nama aku. Terus aku pandang Emy dengan pandanga Dato Sri Vida.
"Tak sangka pulak aku kau seorang yang jujur dan bercakap benar?"
Emy tersengih lebar menampakkan giginya yang bertaring. Tangan naik menggaru-garu kepala sendiri.
"Sorry la. Aku nak tengok jawapan kau."
"Cakap aje la yang kau nak buku aku. Kau ingat senang ke aku nak berjuang dengan tong sampah tu?"
"Aku takut kau tak bagi. Kau kan tahi hidung terlebih garam. Aku nak pinjam pemadam pun kau bagi guna sekali padam je."
Dahi aku berkerut. Kenapa aku rasa dia sedang berdusta? Bila masa entah dia minta pemadam aku. Ingat aku ni tangkai jering ke? Dan aku rasa yang sebenarnya kedekut, Emy ni sendiri.
YOU ARE READING
The Virtuoso
Teen Fiction[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Virtuoso, sekolah yang mementingkan vokul suara yang mantap dan umphh. Belagak bagus. Belagak hebat. Belagak pandai. Disebabkan kehadiran seora...