part 2

8.1K 251 1
                                        

Semasa aku mengambil keputusan PT3, habib dan bonda bersamaku. Mereka amat gembira dengan keputusan PT3 aku. Aku pun gembira bila tengok mereka gembira. Tiba-tiba kawan-kawan lelaki menegurku dan bertepuk belakangku. Habib dan bonda amat terkejut dengan tindakan kawan-kawanku dan habib terus mengajak kami pulang.

Di dalam kereta semua diam, tiada respon hanya radio dimainkan. Aku seolah-olah boleh agak apa yang habib akan buat padaku. Mungkin memukulku dengan rotan atau tidak membenarkan aku memain telefon selama sebulan tapi tidak mungkinlah, kalau tidak boleh main telefon takkan aku dapat buat cerpen ni kan haha. Tinggi betul pemikiranku dan aku pandang muka habib kelihatan marah sangat. Bila kami sampai di rumah, habib terus menuju ke bilik. Bonda terdiam dan memelukku, aku pandang muka bonda dan bonda seolah-olah menenangkanku. Aku duduk di ruangtamu dan bonda masuk bilik untuk periksa keadaan habib. Sebelum ini aku tidak pernah melihat habib marah yang amat seperti itu.

Hampir 15 minit habib dan bonda di dalam bilik akhirnya mereka keluar. Muka habib yang bengis tadi tiba-tiba berubah menjadi tenang seolah-olah tiada apa terjadi. Habib menghampiriku dan berkata "Ya Humairah, habib bagi nama begitu indah untukmu, habib tahu humairah amat selesa dengan mereka tetapi ikhtilat juga jaga. Jangan bagi mereka sentuh humairah kerana habib tak izinkan termasuk bonda juga tak mengizinkan. Apakah kurang habib ajarkan humairah tentang agama? Apakah humairah mahu tengok kami bersedih bila tengok bidadari kami disentuh? Kalau humairah masih nak sekolah sana, jaga diri, jaga aurat, jaga ikhtilat dan jaga akhlak untuk kami ya sayang?". Aku terpaku dan tiba-tiba air mataku mengalir dengan deras, hati aku seolah-olah disentuh dan dipeluk oleh mereka, aku terus memeluk mereka seolah-olah aku sedar dengan kesilapan aku tapi.. Itu hanya sementara..

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang