Kata-kata terakhir habib untukku membuat aku tersedar akan dunia, aku.. tak kuat ya Allah. Besarnya ujianMu untukku, tetapi aku kena teruskan perjuanganku. Aku tunaikan permintaan habib, selepas habis SPM aku akan terus masuk pondok bersama adikku.
Aku sudah masuk 17 tahun dan setahun tanpa habib amat menyiksakan. Aku pergi ke sekolah seperti biasa, kali ini aku dapat teddybear dan sepucuk surat menulis "saya nak jumpa awak di blok makmal sains" and it's a same person, yang pernah fitnah aku. Hati aku rasa takut at the same time geram rasa nak tumbuk mamat ni.
Aku tunggu di blok makmal sains tu tapi mamat tu tiada pula, tiba-tiba dari belakang dia kejutkan aku. Aku apa lagi tertampar dia haaa haha (padan muka, memang niat nak tampar pun). Lepas tu dia pun cakap yang dia nak minta maaf sebab fitnah aku, aku pun pelik apa motif dia sedemikian. Aku pun macam okay it's okay sebab aku ingat lagi pesan ustazah. Tiba-tiba dia ajak couple, aku be like huh? Sorry aku tak nak dah couple ni. Banyak kali aku menolak sampai dia rasa bengang dengan aku dan dia cengkam tangan aku dan tarik ke belakang makmal sains. Aku masih rasa trauma dengan kejadian tahun lepas, dia ambil satu barang dari poket dia dan dia tabur dekat aku. Huh tepung? Lepas tu kawan-kawan dia dekat tingkat atas baling telur dekat aku. Aku hm dibuli lagi, aku seolah-olah orang bodoh dipermainkan seperti itu.
Aku balik rumah dan bonda tegur "mairah, kenapa anak bonda comot ni? Siapa buat mairah macam ni?", aku pun cakap "takde apalah bonda, mairah main tepung dengan kawan-kawan tadi, nanti mairah bersihkan pakaian ni okay". Tak sampai hati aku nak cakap dekat bonda, nanti semakin sakit. Aku baru dapat tahu yang bonda sakit, aku ajak bonda pergi ke klinik tapi dia menolak, aku tak nak pergi sekolah sebab nak jaga dia pun dia menolak. Apa kan daya aku cuma seorang anak maka aku pun turuti apa yang bonda cakap kerana dialah seorang habib dan seorang bonda.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...