"Assalammualaikum". Orang memberi salam kedengaran lalu aku pergi ke depan pintu melihat siapa yang datang. Rupanya si dia, dia memberi senyuman kepadaku lalu aku menundukkan pandangan. Ya Allah senyumannya itu membuatku betul-betul malu nak pandang dia. Aku menjemput mereka masuk dan memanggil waliku untuk berbincang. Aku duduk di bilik bersama adikku, hatiku berdebar semacam. Seolah-olah esok aku nak kahwin haha, adik aku cuba menenangkan diriku.
"Assalammualaikum humairah. Alhamdulillah, cantik bakal menantu makcik ni. Meh makcik sarungkan cincin, mairah boleh kan tunggu 4 tahun lagi untuk teruskan perkahwinan ini? Tunggu dia dapat kerja lepas tu baru boleh sara humairah". Aku cuma mengangguk dan berdiam sahaja.
__________________________________
(Aku Tunang Orang)Alhamdulillah sah jadi tunang orang. Aku rasa lega selepas apa yang berlaku semalam. Kami akhirnya bertunang! Aku dan dia masih chat bersama tapi belum pernah lagi call. Yela masing-masing berjanji lepas kahwin cakaplah puas-puas, tataplah puas-puas.
Kadang-kadang kami pun teringin macam orang lain, bercalling, berselfie sama, video call dll. Tapi disebabkan dia faham aku yang aku nak jaga ikhtilat so dia tak buat semua tu tapi tetap ikhtilat tak jaga, sebab apa? Setiap hari berchating. Lepas dia habis kelas pun harus chat.
Allah~ apakah itu dinamakan menjaga ikhtilat?
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...