Author: Nurul Fitri Shafiza
Dia seperti hampir tewas, aku dapat merasai kemenanganku tetapi dengan ayat-ayat pedasnya, aku seperti tersedar daripada dunia yang penuh kekejaman ini, seolah-olah aku sentuh hati aku apa yang aku nampak hanyalah warna hitam.
"macam ni lah mairah. Kau dah buktikan semuanya kau jumpa yang baru maka aku pun lepaskan kau. Aku tahu. Aku salah, ye aku curang, aku buta. Maafkan aku, aku sayangkan kau tapi aku yang bodoh. Aku rela lepaskan kau tapi jangan kerana aku curang. Hubungan kau dengan Allah pun goyang dan nak hampir runtuh. Maafkan aku kerana merosakkan akhlak kau semasa mula-mula kenal, maafkan aku rosakkan iman kau semasa aku bertanyakan ilmu agama. Maafkan aku merosakkan kesucian kau sehingga kau makin parah sampai macam ni, satu je aku pesan. Jagalah pakaian kau sebagaimana mak ayah jaga kau dulu. Jangan kerana aku, kau rosak. Jangan kerana aku, kau buat dosa. Jangan kerana aku, kau tak dapat cium bau syurga kerana syurga bukannya murah macam tiket bola. Jaga diri, semoga kau jumpa jodoh kau secepat mungkin dan membimbing kau hingga ke syurga. Aku takkan cari kau lagi lepas ni smoga bahagia di sisi Allah, asslmmualaikum". Block.
Aku bahagia ke? Aku tengah menangis kegembiraan sebab menang atau menangis dosa-dosaku? Kenapa perlu sebut habib dan bonda? Dorg dah takde! Kenapa perlu mention dorang?! YA ALLAH bantulah aku YA ALLAH! Allah~ mana Kau Allah~ seandainya aku dapat berkomunikasi dengan Allah sekarang pasti aku akan berubah. Mana perginya janji aku dulu padaMu ya Allah 😔 mana perginya diri aku dulu ya Allah yang betul-betul inginkan syurga ya Allah, mana perginya janjiku untuk ketemu mereka di syurga ya Allah. Aku ke pendosa yang inginkan syurga tapi bakal menuju ke neraka 😔 kenapa aku mempunyai perasaan begini?
"kerana masih ada iman di dada walaupun hati sudah hitam, sehitam hitam hati kita. Iman tetap akan stay di dada cuma kita sahaja yang buta".
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
Ficción GeneralSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...