Hari debaran untuk semua calon pelajar SPM, semua busy buka buku, nak hafal tapi aku. Duduk terpaku mengenangkan bonda di hospital, apa yang aku belajar sebelum ni lesap macam tu je. Macam mana aku nak buat peperiksaan sedangkan bonda terlantar di hospital lawan sakitnya. Ya Allah kenapa kau tidak beri kepada aku sakit tu ya Allah, kenapa mesti bonda? Sebelum ni habib Kau ambil dariku sekarang takkan bonda pula ya Allah? Kepala aku serabut, otak aku tak berfungsi.
_Di dalam dewan peperiksaan_
Aku terkenang habib, bonda dan adikku. Aku terbayang wajah habib yang suci semasa sakit dulu, aku terkenang muka bonda yang tenang sekarang sedang sakit tenat. Mana perginya semangat aku sebelum ini? Kalau aku tidak jawab kertas ini pasti habib dan bonda kecewa denganku, tak. Aku tak benarkan mereka kecewa denganku. Aku harus buat walaupun bonda sedang melawan sakitnya di hospital. Aku kena buat juga demi mereka, penat lelah mereka membesarkanku dan adik. Takkan dengan cara ini aku senang-senang mengecewakan mereka._______________________________________
Alhamdulillah akhirnya habis juga minggu exam untukku, akhirnya aku bebas dari sekolah. Tetapi, aku tidak merasai kebahagiaan kebebasan itu. Aku balik rumah terus menelefon paksu untuk menjemputku untuk pergi ke hospital.
30 minit kemudian
Aku melihat bonda terbaring di atas katil hospital, Allah~ kurusnya bonda, aku terus berpaling ke tempat lain kerana tidak mahu bonda melihatku menangis. Aku mendekati bonda dan berkata "bonda, mairah dah habis exam. So mairah boleh dah jaga bonda dan adik dah boleh balik pondok. Dia pun ada exam minggu depan heee, bonda jangan risau ye mairah jaga bonda okay". Tersedu-sedu aku bercakap di depan bonda sesungguhnya aku tidak dapat menahan perasaan itu. Bonda melihatku dan tersenyum, pegang erat tanganku sambil berkata sayu "doakan bonda ya sayang, kita mungkin tak cukup dari segi kewangan nak bayar untuk pembedahan bonda. Maka ubat yang terbaik adalah doa untuk bonda".
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
Fiksi UmumSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...