Hampir seminggu bonda sakit, kali ini aku memaksanya pergi klinik denganku. Suhana tidak tahu keadaan bonda kerana bonda tidak suruh memberitahu dia maka aku pun diamkan diri, takut tidak fokus dalam pelajaran. Sampai je di klinik pergi check up, doktor cakap lebih baik pergi ke hospital kerana penyakit bonda macam bahaya tapi aku tidak tahu lagi. Maka kami pun pergi ke hospital, hampir sejam jugalah bonda check up.
Lepas itu baru bonda muncul dengan riak mukanya yang sedih teramat, aku pun risau dan bonda beritahu yang dia menghidap penyakit kanser. ALLAH! telefon di tangan terjatuh, air mata mula mengalir. Lututku menggeletar, hatiku berkecai. Apakah ini kifarah? Apakah ini balasanku semasa dulu aku menipu kedua orang tuaku?
Aku terus memeluk bonda dan bonda cuba menenangkanku. Kami balik rumah, aku terus masuk bilik dan ambil wudhu. Langsung aku buat solat taubat.
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kedua orang tuaku, kau ampuni dosa-dosaku, kau ampunilah dosa adikku. Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunilah dosa-dosa umat islam seluruh dunia ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa sahabatku ya Allah sesungguhnya kami hanya insan yang lemah, kau sembuhkanlah penyakit bondaku ya Allah, kau ampunilah kami semua. Aamiin ya rabb"
Tanpa sedar bonda dengar semua doaku di sudut pintu sambil mengalir air mata, aku pusing belakang dan pandang wajah suci bonda dan menghampirinya. Aku salam tangan lembut bondaku dan aku menangis sambil mengatakan "bonda.... Mairah minta maaf, mairah banyak dosa dengan bonda dan arwah habib, mairah pernah tipu bonda dan habib nak pergi study tapi keluar dengan lelaki. Mairah banyak kali keluar dan masa mairah dihantar oleh polis dulu tu pun mairah hampir jadi mangsa rogol. Ampunkan mairah bonda. Mairah terlalu banyak dosa dan mungkin ini balasan untuk mairah anak yang derhaka."
Bonda tiada reaksi melainkan dia tersenyum melihatku sedemikian. Dia berkata padaku "ya humairah, indah nama seperti tuannya. Bonda maafkan sayang, bonda faham. Ini bukan balasan untuk sayang tetapi ini telah ditakdirkan oleh Allah. Manisnya ujian ini sayang, kita patut bersyukur. Habib pasti bangga tengok bidadarinya sekarang. Bonda sentiasa maafkan humairah dan humairah patut tahu yang bonda amat sayangkan humairah dan suhana sepenuh hati bonda kerana kalianlah syurga untuk bonda". Aku terpaku dan tidak menyangka bonda berkata sedemikian, dunia seolah-olah berhenti..
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
Ficción GeneralSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...