Jam tepat pukul 3 pagi tetapi aku masih bangun menatap wajah bonda yang sedang lena tidur. Jarang sekali aku membuat solat tahajjud maka aku pun mengambil keputusan nak ambil wudhu dan solat tahajjud sekali solat taubat. Aku berdoa sambil berlinang air mata, betapa hinanya diri ini. Betapa teruknya diri ini, tidak layak digelar bidadari. Aku malu ya Allah. Sedang khusyuk aku berdoa terdengar bonda memanggilku dan segera aku aminkan doaku tadi.
"bonda nak air~", ya Allah menggeletar suaranya ya Allah. Aku segera memberinya air, kemudian dia sambung tidur. Ya Allah macam mana aku nak lena tidur sedangkan bonda merana menahan sakit.
Keesokkan harinya, aku tersedar kerana suasana di hospital penuh dengan nurse dan doktor lalu lalang periksa pesakit-pesakit mereka. Aku melihat bonda masih lena tidur, aku tidak mengejutkannya lalu aku terus ke bilik air untuk bersihkan diri. Selepas bersihkan diri, aku melihat doktor yang selalu check bonda belum datang jadi aku kejutkan bonda kerana nak bersihkan dia. Aku menyapa bonda dengan lembut "assalammualaikum bonda, bangun meh. Nanti doktor nak check bonda, pastu bonda tak mandi eee cuk haha. Bonda bangunlah. Bonda?". Aku menjadi pelik banyak kali kejutkan bonda tapi tak sedar-sedar, lalu aku segera menekan butang merah untuk memanggil nurse dan doktor.
"Ya Allah bonda! Bonda tahan bonda please, jangan tinggalkan humairah bonda! Doktor! Tolong cepat doktor!"
Aku diberitahu untuk berundur dan menunggu di ruang luar, aku melihat keadaan bonda tengah tidur lena. Doktor dan nurse try hard check bonda tapi...
Nampaknya tiada harapan lagi untuk menyelamatkan bonda ') aku jatuh, aku kaku, aku buntu. Apakah semalam kali terakhir aku mendengar suara bonda yang nakkan air? Apakah semalam kali terakhir aku mendengar bonda memberitahu ubatnya doa?
Bersambung~

YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
Ficción GeneralSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...