"Allah~" tiba-tiba cermin kereta Azmi pecah. Ya Allah! Seorang hamba Allah menyelamatkan aku, dia tarik Azmi keluar dari kereta dan dia suruh aku menelefon polis. Aku capai tudung aku dan call polis, aku menangis tanpa henti kerana aku hampir diperkosa oleh Azmi. Aku masih rasa trauma, fikiran aku melayang dan polis sampai di tempat tersebut. Lelaki itu cuba tenangkan diri aku tetapi aku tetap menangis teresak-esak.
Seorang polis wanita tanya "cik okay? Cik boleh bagi alamat supaya kami boleh hantar cik balik dan bincang dengan ibu bapa cik". Aku hanya memberi alamat dan mengangguk kerana takut tu masih menguasai diri ini. Sampai je rumah, aku masih diam. Habib dan bonda kelihatan terkejut dan terus memelukku. Bonda bawa aku masuk bilik untuk berehat dan kedua orang tuaku bincang dengan polis tersebut. Dalam fikiran aku "aku.. masih suci ke? aku.. layak ke digelar alim? Layak ke aku masuk syurga? Layak ke aku Allah menerima taubatku?"
_Keesokkan harinya_
Aku masih dalam keadaan trauma, tak nak makan, tak nak cakap, tak nak pergi sekolah hanya duduk di dalam bilik. Bonda sentuh aku, aku menjerit dan tolak bondaku, habib panggil namaku, aku terus lari di sudut bilikku. Ya Allah, kenapa aku sebegini ya Allah. Ini kah dipanggil balasanMu ya Allah?Seminggu aku tak pergi sekolah. Disebabkan aku, adikku Suhana balik kerana risaukanku, dialah pemberi semangat, dialah sentiasa ada di sisi ketika aku memerlukannya. Kerana dialah aku kembali normal, aku mulakan rutin harianku seperti biasa, aku pergi sekolah. Kawan-kawan aku menegurku tapi aku endahkan mereka kerana masih trauma. Aku pun tak tahu benda apa yang merasuk kat diri aku ni untuk rajin belajar agama. Masa kelas agama aku fokus sangat, semua masuk dalam otak, sebelum ni exam aku meniru je (eheks kantoi). Tengah elok study, tiba-tiba ada orang bagi bunga dan coklat. Admirer katanya lol, tapi siapa dia? (ehhh masuk kisah cinta pula, mcm lari tajuk ni haha tapi inilah kisahku, disebalik niqab hitam)
Bersambung~
![](https://img.wattpad.com/cover/132412259-288-k484636.jpg)
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
Fiksi UmumSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...