part 13

3.7K 174 4
                                        

Apa kena mengena kisah ini dengan laman sosial? Sebab aku kembali menjadi sosial, belajar di pondok yes, menghafal AlQuran tu yes dah masuk 20 juz aku hafal. Apa gunanya kalau setakat menghafal tapi tidak menghayati ayat-ayatnya? Seperti kita menghafal lagu jiwang dan menghayati lagu tersebut. Kenapa tidak sedemikian? Kerana hati aku kembali hitam.

Berpakaian seperti seorang muslimah sejati, tak nak dipandang tetapi nak dipandang. Itulah aku. Niqabis trend, niqabis hipster dll, ye! Itulah aku sekarang. Ya Allah sekali lagi aku gagal nak penuhi permintaan habib dan bonda ya Allah.

Aku mengenal seorang lelaki melalui wechat, mula-mula aku tidak approve sebab aku masih ragu-ragu. Selepas 3 hari baru aku accept dia. Dia memberi salam dan aku segera jawab salam dan berkata "saya tidak mahu chat lagho nanti makruh, kalau boleh chat bila nak tanya soalan penting sebagai contoh hal agama" dan dia pun mengiyakan sahaja. Dan mulalah kisah cinta semula (malas nak cerita sebenarnya. Kalau tak cerita nanti tak syok pula cerpen ni haha)

Adikku selalu menegurku "jangan anggap telefon adalah separuh dari kehidupan kita, tetapi anggaplah AlQuran sepenuhnya dalam kehidupan kita". Ye, aku telan ayat itu walaupun perit, effectnya menjadi tapi itu hanyalah sementara. Aku mahu habiskan pengajianku di pondok maka aku berhenti dan pulang ke rumah paksu kecuali adik, aku tidak memaksanya untuk berhenti kerana hatinya terlekat disana. Aku kembali ke rumah paksu, aku hidup seperti insan biasa. Maksud aku tiada buat solat tahajjud dan aku boleh ikut suka hati aku nak solat ke tak, tiada kelas mengaji, tiada siapa boleh halang. Kalau paksu dan maksu tanya kenapa tak solat, aku boleh kata aku datang bulan atau acah-acah kunci pintu buat-buat tengah solat. Nampak tak perubahanku sejak aku terjebak kembali di media sosial? Ya Allah~ butanya aku ya Allah~

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang