Keesokkannya kami menuju ke sebuah mall, adk nak beli belah katanya haih habislah duit aku. Terbang gitu je, apa yang dia beli niqab je banyak, baju? Dia tak heran pun, semua hitam je haha tak pening kepala. Yang peningnya duit aku semua terbang ke dia je haih nasib dia seorang je adk kalau 10 orang adk mau terpaksa jual rumah kami haha.
"akk! Niqab tu lawa! Beli jom!" katanya sambil menarik tanganku menuju ke kedai tersebut. Aku hanya mengikutnya asalkan dia bahagia sebab aku dah janji, kali ni demi Allah aku takkan mungkari janji seperti dahulu. Aku janji betul-betul akan jaga budak ni sampailah dia kahwin, dia tanggungjawabku dan hanya dia sahaja ahli keluargaku ada.
Sedang sibuk tengok niqab, aku merasa ada seorang lelaki memasang mata. Aku pun tengok guna anak mata, aku rasa tak sedap hati lalu aku terus mengajak adkku pergi ke kedai lain. "adk, akk rasa ada orang follow kita lah" kataku. "ya Allah yeke kak? Adk takutlah kak. Kita pergi tempat ramai orang atau jom masuk surau tu, jom jom jalan cepat" kata adk dan menarik tanganku menuju ke surau. Sementara menunggu lelaki itu pergi kami menunaikan solat zohor.
Tengok kiri kanan, haa line clear kami terus berjalan mencari teksi untuk pulang ke rumah, tiba-tiba aku ternampak lelaki itu lagi, ya Allah dia follow kami. Aku dah ready awal spray lada dalam beg tunggu nak spray ke muka dia je. Dia makin hampir ya Allah, aku memeluk erat adkku.
1 2 3! Haiyaaaaaaaa! Ambil kau!
"ehhh puan! puan! Stop! Saya ni orang suruhan encik fahmi! Saya bodyguard puan dan adk puan" katanya sambil menutup mata kerana pedih.
"ya Allah! Serious ke? Ya Allah encik, kami minta maaf atas perbuatan kami tadi ya Allah encik okay?" kataku dengan cemas. Dia hanya mengangguk menandakan dia okay, aku dan adk merasa lega dan gelak kecil sebab atas kelakuan aku sebentar tadi. Ohh rupanya encik fahmi hantar dia eh, orang cakap tak payah dia tetap hantar takpe nanti balik aku wrestling dia haa.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
Fiksi UmumSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...