part 5

6.1K 247 0
                                        

Bila masa aku ada admirer ni? Sejak bila orang sukakan aku ni? Pffft mimpi jela orang tu. Aku dah bosan dengan dunia cinta ni. Setiap hari dapat benda yang sama, setiap hari meja sekolah dihias dengan bunga dan coklat. Eh banyak betul duit dia ni. Eh no, lepas apa yang berlaku terhadap diri ini, cukup sampai disini je. Aku nak hidup baru, aku nak berubah, aku nak hijrah! Aku akan tanam niat di dalam hati inshaAllah!

Aku mula rasa selesa memakai pakaian yang menutup aurat ni, membuat aku merasa tenang. Tapi tetap dapat sekuntum bunga dan coklat. Aku mula rasa rimas, aku buang bunga dan coklat tersebut. Dalam tak sedar seseorang memerhatiku dengan perasaan marah yang amat.

Ujian pertama aku dalam penghijrahanku~

Aku difitnah habis-habisan, dikutuk habis-habisan, dihina habis-habisan, dimaki habis-habisan sehingga.. aku hampir mengalah, kawan-kawan tak ada di sisi, siapalah aku. Aku jatuh tersungkur, tiada siapa yang membantuku ketika itu. Datangnya seorang hamba Allah datang menarik tanganku ketika itu, dialah ustazahku. Dia membimbingku, dialah penasihatku, dialah kawanku di sekolah. Demi Allah semasa ditimpa ujian aku hampir ingin kembali seperti dulu tetapi ustazah sempat menyentuh hati ini untuk tidak kembali hitam.

Semasa aku tengah belajar, tiba-tiba namaku dipanggil oleh pengetua kerana dituduh mencuri barang sekolah. Aku dituduh! Ya Allah~ apakah ujian Kau untukku kali ini? Cukuplah aku telan semua kesakitan sebelum ini, aku tidak tahan lagi ya Allah! Tiba-tiba aku teringat kata-kata ustazah iaitu:

"Allah uji kita semasa kita tengah berhijrah kerana Dia nak tengok keimanan kita, nak tengok keikhlasan kita mencintaiNya dan satu lagi Allah uji kerana sayang maka teruslah kuat dan sabar menghadapinya"

Allah~ ')

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang