part 49

2.6K 124 1
                                    

(hari terakhir adik di Mesir)

"adik, nanti akk bawa adik datang sini lagi ye lepas adik habis belajar. Akk janji akan jaga adik okay? Eh silap akk janji hakim akan jaga adik hehe dan tolong jaga qasidah untuk akk ya? Akk rindu dia." usikku sambil mengesat air mata.

"ehh apa lah akk ni, in shaa Allah ada rezeki adik mai lah sini okay? Tapi abg fahmi lah lanje tiket haha. Akk janganlah nangis okay? Kita bukannya berpisah haha, adik balik Malaysia je. Akk dan abg jaga diri kat negara orang ye? Nanti adik rindu akk dan abg heee, in shaa Allah adik sampaikan salam akk dekat kak qasidah. Haa dah calling tu. Adik pergi dulu ya, fi hifzillah semua" kata adik sambil memelukku.

"awak, tolong jaga hati ya? Sy akan tunggu awak masa setahun ya? Fi hifzillah, assalammualaikum" kata hakim pada suhana dan adik hanya mengangguk menandakan faham.

Aku amat merindui adik aku sorang ni, rasanya takkan puas kalau call mahupun video call. Qasidah pun sejak akhir-akhir ni busy, al maklum dia pun dah dapat kerja bagus alhamdulillah walaupun masing-masing busy, ukhwah kami takkan putus. Aku capai bukuku dan duduk di depan balkoni.

_My diary:_
_"Dear myself, lama betul tak tulis apa-apa dalam buku ni sejak aku dah terbiasa meluah perasaan pada zaujku, aku rindu pada semua orang yang pernah menyayangi diri ini. Dulu, aku seorang yang teramat jahil tapi bonda, habib, adik, zauj, qasidah semua memaafkan diriku. Mereka menerimaku seadanya, sejahat mana pun aku, mereka tetap menerimaku dengan hati terbuka. Terima kasih pada Allah kerana kurniakan orang-orang yang baik untukku, aku bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Ohh diari, nanti adik nak kawin. Wahh happynya aku tapi... Kalau dia kawin mesti zauj dia akan tanggung dia, aku masih menganggap adikku seperti anak kecil. Tapi kalau ini telah ditakdirkan, aku lepaskan adikku. Dah 2 tahun habib dan bonda hampir setahun dah meninggalkan kami, maafkan diri ini ya habib? Sebab tak menjaga bonda dengan baik. Bonda maafkan diri ini ya jikalau diri ini pernah melukakan hatimu. Aku rindu, rindu pelukkan hangat kalian, rindu senyuman kalian, rindu nasihat kalian, rindu suara merdu kalian ketika mengaji, rindu gelak tawa kalian ketika aku buat lawak, rindu masakan kalian, rindu suapan dari kalian, ya Allah rindunya semua itu. Kalau dapat ulang masa ini pasti aku berubah dan menjaga kalian sebaik-baiknya tapi apa boleh buat kerana ini ketentuanNya, Dia lebih menyayangi kalian._

_Allah SWT berfirman:_

ثُمَّ اِنَّكُمْ بَعْدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتُوْنَ

_"Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati."_

ثُمَّ اِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ تُبْعَثُوْنَ

_"Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat."_

وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَآئِقَ   ۖ   وَمَا كُنَّا عَنِ الْخَـلْقِ غٰفِلِيْنَ

_"Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami."_

_(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 15-17)_

                             Yang Benar,
                               Humairah
_____________________________________

Aku terus tidur lepas meluah segalanya di dalam diariku. Dalam pukul 3 pagi zaujku membangunkanku untuk solat tahajjud bersama maka aku pun bangun dengan eyebag besar lepas menangis semalam.

Selesai solat, mengaji dan nak tunggu waktu solat subuh lagi. Zaujku memandangku dengan mata macam bersinar haha aku pun bertanya "kenapa abg pandang sy macam tu?". "abg nak pandang muka awak lama-lama sebab abg baru tahu macam ni rupanya bidadari syurga abg hee" katanya dengan ayat manis. "abg puji ni nak apa sebenarnya? Haha, mesti nak sesuatu ni" kataku sambil mencubit lengannya. "hehe tahu je zaujah abg ni. Abg nak kita pergi syurga sama-sama boleh? Hehe, takdelah. Abg nak bincang, hujung tahun ni kita balik Malaysia nak? Abg macam tak dapat kerja sini lama sangat sebab kita berjauhan dengan keluarga selain itu kita bawa hakim sekali haaa tukar tempat kerja, nanti abg minta boss abg tukar kerja sana balik boleh kan?" katanya. "hehh in shaa Allah. Boleh, sy okay je lagipun rindu semua orang kat Malaysia" kataku tanda setuju sangat-sangat.

__________________________________
(11 bulan kemudian)

Alhamdulillah hari terakhir kami di Mesir, hakim terus balik ke Malaysia tetapi aku dan zauj masih ingin bercuti dan kami bercadang nak pergi bercuti selama 2 minggu di Istanbul dan Paris. Bermacam tempat kami pergi. Alhamdulillah rezeki Allah mengizinkan kami melancong ke beberapa buah negara. Terima kasih ya Allah Kau berikan nikmat ini, aku bersyukur padaMu.

Banyak-banyak tempat, akhirnya berhadapan di Eiffel Tower dan zaujku mulalah buat sweet, dia melutut dihadapanku (macam drama kan tapi layankan jela sebab bersemut sangat haha).

"Surihani Humairah Binti Muhammad Syed Shukri, dengarlah luahan hati ini. Abg sangat mencintai mairah seperti mana agungnya cinta kita pada Allah SWT, abg nak cakap yang semoga masjid yang kita bina ini sehingga ke syurga firdaus. Abg nak mairah sentiasa ada dengan abg, tegurlah abg jikalau abg tersilap langkah, ingatkanlah abg jikalau abg lalai dengan duniawi kerana awk dan abg saling melengkapi. Stay with me ye Puan Surihani Humairah?". Aku mati kata sambil mengesat air mata, aku mengangguk dan salam tangan zaujku. Alhamdulillah bersyukur mempunyai zauj seperti ini. Syukran lillahi taala.

*Bersambung~*

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now