part 24

2.7K 132 0
                                    

Author: Nurul Fitri Shafiza

Sekian lama aku tidak berhubung dengannya, aku nak mulakan perbualan dan aku minta maaf lepas tu haa nak lost contact haa silakan aku tak kesah, sekarang hati aku betul-betul rasa serba salah walaupun itu memang salah dia! Tetapi kenapa?! Aku pula yang rasa nak minta maaf?! Tak, ni salah dia bukan salah aku. So dia dah minta maaf dan aku dah maafkan and that's it! Muktamad! Delete number dia, block wechat dia, delete conversation, delete segalanya! Tapi aku tak dapat nak deletekan kenangan aku semasa mula-mula kami bertunang. Ya Allah~ aku berharap hubungan ini kekal tapi mungkin dia bukan jodohku. Tiba-tiba aku teringat kata-kata habib:

"Ya Humairah, habib bagi nama begitu indah untukmu, habib tahu humairah amat selesa dengan mereka tetapi ikhtilat juga jaga. Jangan bagi mereka sentuh humairah kerana habib tak izinkan termasuk bonda juga tak mengizinkan. Apakah kurang habib ajarkan humairah tentang agama? Apakah humairah mahu tengok kami bersedih bila tengok bidadari kami disentuh? Kalau humairah masih nak sekolah di sana, jaga diri, jaga aurat, jaga ikhtilat dan jaga akhlak untuk kami ya sayang?".

Hm aku terdiam. Tiba-tiba air mata mengalir, aku tersedar banyak kali aku membuat dosa tapi kenapa diri ini masih nak teruskan!? Humairah! Tolonglah sedar! Tolonglah! ') aku rindu kebahagiaan aku dulu semasa habib dan bonda ada, aku jatuh mereka yang risaukan aku, aku menangis mereka yang pujuk aku, aku nak sesuatu mereka yang memberiku tetapi kenapa aku tak pernah merasa bersyukur? Iyaa, aku buta dengan harta duniawi. Iyaa aku lupa padaMu ya Allah. Iyaa aku lalai ya Allah. Iyaa dulu aku membenciMu ya Allah kerana tidak pernah dengar doaku, iyaa aku berdoa tapi tidak solat. Sekarang aku faham.

Allah SWT berfirman:

صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ   ۙ  غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّيْنَ

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."

(QS. Al-Fatihah 1: Ayat 7)

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now