part 43

2.2K 141 0
                                    

"abg! Meh sini saya siku abg!" kataku terus berlari menuju zaujku, macam abg long minta hutang haha. Adik hanya gelak besar tengok telatah kami, "ehh awk ni dah kenapa lompat kat saya siku tumbuk bagai ni haa? Nak kena balik ke? (pukul dengan bantal)" kata zaujku, ya Allah jatuh gedebuk aku dibuatnya, dahlah buat salah lepastu pukul orang pula dia ni hishh, adik aku tengah syok gelakkan kami, aku pun baling bantal ke muka dia haa bersepah kau rumah aku. Esok aku juga kena kemas haaa.

"abg hantar hakim sebab abg rasa tak sedap hati haa, korang bukannya dah lama duduk sini. Baru je kan? Kang sesat, kena culik macam mana? Kang terpaksa abg cari bini baru lagi haa, tu yang abg hantar hakim untuk jaga korang" jelasnya. "amboi bini baru, mmg nak kena masak dia ni kan adik, kalau saya kena culik dengan pak arab bagus juga kan? Hensem pula tu haaa dahlah saya ni suka tengok pak arab berjanggut ni haih" kataku dengan nada marah (acah je).

"ehhhh janganlah! Cemburulah abg haih, yela-yela tak cari dah sebab abg ada awak seorang je dalam hidup abg and always be mine until Jannah. Hey, ni haa abg simpan janggut tau erghh" buat memek muka merajuk kononnya, aku dengan adik buat muka nak muntah haha. Ya Allah terima kasih kerana Kau memberi aku suami dan adik yang membahagiakan aku.

_______________________________________

Aku mengelamun melihat suasana di balkoni sambil itu aku menulis kisah aku di dalam buku (cerpen ni), jahiliyah, penghijrahan, ujian, tawakal, usaha, rezeki, redha, pahala, dosa, lalai, riak dll. Semuanya aku tulis di dalam buku ni.

Tiba-tiba air mataku menitis lagi sekali, sakitnya hati ini ketika dahulu aku menipu kedua orang tuaku, sakitnya ketika dahulu aku lalai, sakitnya bila mengingatkan kisah hitamku dahulu, sakitnya ya Allah. Sesungguhnya aku malu sujud padaMu, seolah olah aku ini tidak layak bertaubat tetapi Engkaulah Maha Pengampun. Aku teringat satu surah iaitu:

Allah SWT berfirman:

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۗ اِنَّهٗ كَانَ تَوَّابًا

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

(QS. An-Nasr 110: Ayat 3)

bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now