part 14

3.4K 151 0
                                    

Aku mengenali dia hampir seminggu, alhamdulillah masih berchat tanpa ada perasaan cinta lagi, chat sekadar menanyakan soalan tentang ilmu agama. Aku mampu bagitahu apa yang aku tahu semasa belajar di pondok. Dia seorang yang baik, rajin menanyakan soalan, rajin nak mengetahui lebih lagi. Aku masih ingin menjaga ikhtilat masa tu, tetapi di masa yang sama aku semakin aktif di ig.

Hampir dua minggu kami berchat di dalam wechat. Tidak pernah bersemuka, tidak pernah bercalling, tidak pernah menghantar voice dll walaupun aku semakin sosial, ikhtilat aku terjaga tapi haha niat tetap terpesong so sama je kan? Okay, tiba-tiba hati aku rasa lain macam. Hm apakah aku jatuh cinta? No, tak mungkin. Muka dia pun aku tak pernah tengok, suara pun tak pernah dengar, takkan semudah macam tu je terjatuh disebabkan dia seperti terlalu berminat untuk belajar ilmu agama denganku?

"haih sedarlah mairah, sedar! Jangan terjatuh lagi nanti buruk padahnya" bisik hatiku.

Maka aku kuatkan diri, aku pendamkan perasaan ini kalau boleh hapuskan terus, tetapi semakin hari dia chat menanyakan soalan, semakin hari aku terjatuh hati. Aku pun berkata kepada dia "awak, tolong jangan chat terlalu baik dan lembut dengan saya. Saya takut terjatuh, kalau nak chat tolong be serious" tegasku. Dia pun mengiyakan sahaja. Siapa lelaki ni? Nak tahu nama dia? Rasanya lelaki ini tak perlu kita ketahui kerana tak berapa penting (haha).

Kata-kataku sebelum ini seperti tiada function. Semakin hari semakin mesra, maksudku mesra bukan bersayang bagai. Jawab secara lembut dll bukan seperti yang aku sangkakan. Pandai dia ambil hatiku dan akhirnya aku pun mengaku selama kenalanku dengannya.

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now