part 20

3.1K 145 0
                                    

Author: Nurul Fitri Shafiza

Kami hampir dua bulan dah bertunang, nampaknya Allah mempermudahkan semuanya. Tiada bergaduh dan salah faham, alhamdulillah setakat ni kami tiada apa-apa berlaku sehinggalah bulan ketiga kami dah bertunang sesuatu yang tak diduga terjadi padaku. Tiba-tiba mesej masuk, aku melihat di noti nombor yang tak dikenali menghantar gambar, tetapi aku tidak membukakannya dan membiarkannya. Semakin aku membiarkannya, dia makin spam banyak chat lalu aku pun membuka chat tersebut.

"Allah! Ni gambar tunang aku! Tapi kenapa dengan perempuan lain? Bukankah dia anak tunggal? Apa dia buat ni?" bermacam-macam soalan bermain dalam fikiranku, aku cuba untuk husnudzon. Aku anggap gambar tu edit mungkin ada haters cuba nak hancurkan hubungan ini. Lalu nombor yang tak dikenali berkata "Saya Khairul kawan dia. Saya tau awak takkan percaya tapi ini yang saya nampak, saya kawan dia. Saya turut simpati terhadap awak. Saya harap awak tabah hadap ye, dia curang dekat awak. Awak jauh mmg ye awak takkan nampak. Saya cuma nak membantu awak bye". Aku termenung baca mesejnya berulang-ulang. Aku takkan percaya sebab takkan dia nak buat aku macam ni. Jauh-jauh dia datang ke sini nak melamar aku takkan dia sia-siakan macam tu. Siapa perempuan tu sebenarnya?! Kenapa dia begitu rapat dengan tunang aku?! Siap duduk rapat-rapat. Ya Allah ini ke ujianku seterusnya ya Allah?!

Aku pun terus mesej dia dan berkata "Assalammualaikum, awak. Awak kat mana tu? Study ke? Saya ganggu awak ke ni? Dah makan ke? Study dengan siapa?" tanyaku dengan perasaan tidak puas hati dan marah.

"Waalaikumsalam, haha slow-slow lah. Saya kat kaferia ni tengah study sambil makan. Saya dengan kawan sayalah dan awak tak ganggu pun" jawabnya. Aku pun bertanya lagi "oh, kawan awak lelaki ke perempuan?". "eh selalunya tak kesah pulak saya study dengan siapa. Haha, saya study dengan member sayalah lelaki, khairul kenal?". Aku hanya berdiam dan endahkan mesej dia kerana hati aku terlalu sakit nak balas mesej dia.

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now