Hari ini zaujku cuti so dia pun nak bawa aku ke suatu tempat. Aku tak tahu nama tempat tu tapi sungguh indah dan tenang. Demi Allah sungguh menyenangkanku, tiba-tiba aku terkenang semasa bonda dan habib. Mereka selalu bawa tempat setenang macam ni, aku mengelamun terkenang mereka tanpa sedar zaujku mengambil gambarku. Amboi curi-curi pula dia mengambil gambar lepas tu senyum sorang-sorang lepas dia ambil gambar, aku pun mendekatinya dan berkata "ambil gambar orang bukannya minta izin huh".
"alaa bini sendiri je pun nak minta izin haha, dulu masa saya stalk awk. Saya ada sekali ambil gambar awk, saya simpan sampai sekarang. Haa tgk ni (tunjuk gambar aku di dalam dompetnya), ni masa awk tengah makan lepas tu gelak terbahak bahak pastu hampir tercekik hahahaha saya nak tolong tapi tulah duk diam je mampu" katanya.
"eeee yang hang ambil gambar masa tu dah kenapa, dahlah masa tu muka ceq entah pape haa tudia bahasa utaqa ceq dah kluaq" kataku dan buat-buat merajuk. Dia gelakkan je lepas tu dia cubit pipi aku dan gosok kepala aku, habis niqab senget, sabar jela dengan zauj macam ni.
"okay dah jom solat zohor, lepas tu abg nak tunjuk awk sesuatu. Abg pasti awk akan happy dan abg pasti awk takkan risau lagi". Banyak sangat suprise ni haih, aku pun mengangguk dan buat-buat macam tak kesah.
Lepas habis solat zohor, kami pergi makan dan terus menuju ke tempat yang dimaksudkan zaujku. Aik? Airport? Apa yang suprisenya?
"haaa abg tunggu sini tau. Ni game tau, kalau awk jumpa "sesuatu" tu, abg akn bagi apa yg awk nak tau. Clue dalam game ni "belon" okay? Awk ada 10 minit cepat!". Aku pun taktau apa-apa terus berlari anak ayam masuk airport, cari punya cari. Takde jumpa apa-apa pun, dahlah macam org gila aku cari dan org pandang-pandang aku haih peduli apa aku cari macam hilang anak haha tinggal 2 minit lah! Alamak, tiba-tiba aku nampak seorang berpakaian serba hitam, tubuh kecil molek dan yang pasti pegang belon banyak lalu aku cuba mendekatinya.
Siapa dia?
Bersambung~

YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
Ficción GeneralSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...