Hampir sebulan aku dah jadi tunang orang. Aku merasai kebahagiaan yang sementara ini, rasanya seperti tengah syok makan aiskrim (ehh? haha). Dari mana dia dapat id aku? Aku pun dapat tahu sejak dah bertunang dengan dia, dia bagitahu yang dia dapat id aku melalui kawannya. Rupanya kawannya lama dah friendlist aku cuma tak nampak kelibatan dia, dia pun cerita A sampai Z, mula-mula dia cakap kat kawan dia yang dia nak cari bini then dia terjumpa aku. Pada mulanya, dia ingin mengenaliku dengan mempergunakan "agama", yes. Dia tak berminat sangat pasal agama. Rupanya dia try hard, struggle bagai cari soalan semata-mata nak chat dengan aku. Maka aku pun memaafkannya, kalau dah sayang nak buat macam mana kan.
Dia belikan niqab untukku dan pos kepadaku selain itu dia ada juga hantar teddy bear yang comel, followers aku di ig semua cakap "sweetnya tunang awak/ bila nak kawin nak tengok baju kawin/ wah muda lagi dah tunang sweet lak tu" dll. Aku apa lagi, rasa riak tu menguasai diri tapi aku komen macam takde lah riak nanti kecam, lol.
________________________________________
Solat ditinggal, mengaji ditinggal, perintah Allah ditinggalkan. Tetapi masih acah alim di hadapan orang, aku nak orang pandang aku. Aku nak orang sukakan aku. Aku nak orang terpikat terhadapku, nampaknya niatku terpesong jauh sekali ya Allah.
Tengah syok scroll ig instafamous dan tunangku tiba-tiba hatiku berkata "Sampai bila aku nak macam ni? Hm takpelah, lama lagi. Boleh perlahan-lahan, Allah kan Maha Pengampun" bisik hatiku lagi.
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
Fiction généraleSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...