Hari demi hari aku dan dia semakin rancak berbual melalui media sosial. Hari demi hari hatiku semakin terpaut padanya. Hari demi hari aku semakin berharap tinggi terhadapnya sehingga aku lupa Sang Pencipta. Aku semakin lalai, semakin jauh melupakanNya. Aku semakin mencintai dunia, nampaknya aku lupa permintaan habib dan bonda. Ya Allah~ mesti kau amat membencikan perbuatanku ini kan ya Allah? Sungguh malunya aku.
Hari yang ditunggu-tunggu, dia akhirnya sampai di tanah airku. Aku pula menunggu kepulangan adikku, aku tidak sabar memberitahu dia yang tidak lama lagi aku akan bertunang. Aku pun membantu maksu di dapur sementara menunggu kepulangan adik, tiba-tiba maksu ajak berbual, "mairah pasti nak bertunang dengan dia? Korang baru kenal 3 minggu". "haah maksu, mairah bosan dah hidup single ni, mairah taknak couple kalau boleh kawin terus mcm org skrg kawin muda sweet sgt" kataku. "jangan mairah ingat kawin muda ni senang, banyak tanggungjawabnya, jangan tengok orang kawin muda ni bahagia, dia share part bahagia je. Part sedih derita kesusahan dorang mana nak tunjuk tapi takpelah maksu tetap setuju dengan mairah, lebih baik kan. Jauh daripada zina". Aku menganggukkan kepala bertanda setuju apa maksu cakap.
Alhamdulillah sampai juga adikku, kami menghidangkan makanan sambil berbual tentang pelajaran adik di pondok, rancak sungguh perbualan kami di meja makan.
________________________________________
"adik, adik nak tau tak? Esok ada orang special datang sini", "eh yeke? Spe?". Lalu aku senyum tersipu malu dan berkata "bakal abang ipar adik hehe". Terkejut beruk adik aku, "apaa?! Seriouslah kak! Nak kawin dah ke?! Alhamdulillah jodoh mai awal tuu, haih ada juga orang nak ikan dugong adik ni". Amboiii kurang asam budak ni.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...