Aku melihat Kaabah, MasyaAllah selalunya tengok di tv atau gambar. Kali ini aku tengok depan-depan mata. Allah Allah Allah, indahnya ya Allah. Aku menangis teresak-esak terus zaujku merapatkan tubuhnya kepadaku, dia memujukku dengan pelukkan hangatnya. Lalu dia berkata "kalau kita syahid di Tanah Suci ni sungguh indah kan? Awak menangislah kalau itu boleh buat zaujah abg ni kuat. Takpe abg peluk sbb nak tenangkan awak hee". Bersyukurnya aku dapat zauj yang memahamiku.
Kami nak balik ke hotel kami sambil jalan-jalan melihat keindahan Mekkah sebelum pergi ke destinasi lain esok iaitu Kota Tarim. Aku pandang wajah zaujku dan zauj pun menatap mataku, aku dapat merasakan cintanya padaku kerana Allah. Aku bersyukur tidak terkata, tanpa henti aku mengatakan bersyukur padaMu ya Allah.
Keesokkan harinya kami pergi ke Kota Tarim, MasyaAllah indahnya ciptaanMu ya Allah. Aku ditegur lagi oleh seorang wanita berniqab dan berkata "MasyaAllah, May Allah give you strength from His test for you. Allah love you so much".
Aku jadi cuak sedikit sebab haritu jumpa sorg wanita berniqab dan sampaikan ayat yang aku tak dapat nak tangkap and then ni pula? Aku pandang muka zaujku, dia hanya angkat bahu dan geleng kepala menandakan dia pun tak tahu apa yang dimaksudkan wanita tersebut.
Teguran Allah untukku? Petunjuk Allah untukku? No clue, atau nanti aku akan dapat ujian besar dariNya? Ya Allah kau kuatkanlah aku.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
Genel KurguSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...