Banyak benda aku lalui dari form 1 hingga form 3, perangai haha tetap tak pernah berubah sehinggalah aku masuk form 4. Aku sudah mula menggunakan tudung labuh dan handsock (pffft sbb habib dan bonda suruh pakai, ikutkan hati tak nak sebab panas) but still perangai macam syaitonirojim. Aku mula jatuh cinta lagi dengan seorang lelaki tetapi bukan sama sekolah. Kali ini kenalan media sosial, nama dia Azmi. Dia sangat baik dengan aku dan matang sangat, sebab itu aku jatuh cinta dengan dia.
Kami tak pernah berjumpa pun tapi kami setiap masa call dan mesej. Tak pernah miss, tiba-tiba mesej dia masuk dan dia cakap dia ajak jumpa, aku punyalah excited so aku pun bersiap, aku cakap dengan habib dan bonda yang aku nak belajar (alasan yang sama semasa form 1) dan mereka pun izinkan. Aku tunggu di taman, tapi kali ini aku terpaksa pakai tudung labuh, baju labuh dll ergh rimas, nampaknya Azmi dah sampai dan terus menuju aku, kami borak, kami gelak, makan sama tapi dia tak sentuh pun aku. Seperti dia faham.
Jam menunjukkan pukul 8 malam dan aku pun nak balik tapi sekali lagi Azmi dengan gentleman dia, dia nak hantar aku balik. Aku apa lagi cair lah haha, tapi tempat yang dia bawa semakin gelap dan tiada kereta lalu pun. Dia senyum sinis dekat aku, aku pula berpeluk tubuh dengan perasaan ketakutan. Dia mendekatiku, rapat sangat, dia menyentuh tanganku. Aku tarik tangan aku dan nak keluar dari kereta tapi dia tahan aku dan dia tarik tudungku sampai nampak rambutku, aku mula cemas dan menjerit minta tolong, walaupun aku tahu tiada siapa datang membantu, apa yang aku fikir masa itu habib, bonda dan adik... aku tak mampu lawan dengan kekuatan dia, apa yang aku mampu hanyalah menyebut nama Allah banyak kali..
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...