Author: Nurul Fitri Shafiza
Siapa dia? No clue. Ye aku tersenyum apa yang dia tuliskan untukku. Hidupku penuh dengan misteri sehingga aku berjumpa dengan zaujku (haaa siapa zaujku? Sat lah ni tengah flashback kisah aku, habis flashback semua nanti masuk sekali lah jumpa zaujku sabar noh)
Okay malas nak fikir siapa lelaki yang memberi surat tu, kalau ada jodoh jumpa lagi sebab tak sempat ucapkan terima kasih even hanya surat tapi aku hargainya. Tetapi aku nampak Allah nak memberi petunjuk untukku, aku abaikan dan terus berlalu pergi untuk menuju ke destinasiku. Ye dari dulu lagi nak pergi tempat ni sorang-sorang. At last aku pun sampai, mana? Pantai. Yang sepadan dengan jiwa aku seperti ombak. Aku duduk dekat pantai tiada gangguan, tenang pemikiran. Tiba-tiba seorang ukhti niqabis menegurku "assalammualaikum ukhti, maaf mengganggu. Kenapa ukhti seorang diri di sini?". Yes itulah Nur Qasidah sahabat dunia akhirat, yang membimbingku ke syurga dan kembali ke jalan Allah.
"waalaikumsalam, tak ganggu. Tempat macam ni perlu berteman ke? Takpe Allah ada menjaga". Jawabku dengan angkuh.
"aasif jiddan ya ukhti, saya tau saya stranger tapi let me intro myself, nama diberi Nur Qasidah, alhamdulillah umur saya sekarang 18 tahun dan awak?".
Kenapa lah dia ganggu aku time nak tenangkan fikiran, menyemak je, bisik hatiku. "ohh. Saya Surihani Humairah, samalah 18".
Walaupun aku jawab macam nak tak nak layan, dia tetap bercakap baik denganku sehingga aku rasa selesa bercakap dengan dia. Dia anak tunggal, hidup pun menumpang. Dia seorang yang berdikari, seorang yang kuat. Wallahi dia memang seorang yang positif, suka tolong orang dan suka berbuat baik walaupun hatinya selalu disakiti oleh kawan-kawannya di alam maya, dia juga sepertiku, tiada kawan di alam realiti. Mak ayah dia meninggal sejak umur dia 5 tahun, allahu berat lagi ujiannya dariku, terima kasih kerana Kau turunkan seorang yang betul-betul bidadari syurga. Bermulalah kisah kami berdua, semuanya mengharungi bersama. Kisah kami hampir sama seolah olah kami adalah cerminan. Kami gaduh, kami gelak, kami menangis, semuanya kami buat bersama-sama. Dialah sahabatku.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...