part 22

2.9K 130 0
                                        

Author: Nurul Fitri Shafiza

Aku mula unfollow dia di ig dan aku mulakan pencarian orang baru. Yes~ aku seolah-olah menjual diri ini. Aku upload gambar banyak dengan caption cari jodoh tapi tak sampai, banyak lelaki dm aku. Banyak yang berminat, aku pilihlah mamat kopiah konon ustaz. Jadi dia disuruh jadi bakal suami aku, bukan betul-betul tapi cuma lakonan. Dia pun nak tak nak kena buat juga, suka punya pasal kan? Maka aku pun mulakan misi aku, nasib baik dia dekat je area rumah aku.

Aku unblock dia dan send gambar aku dengan mamat kopiah tapi tidak duduk rapat. Dalam hati berbisik "hahaha confirm kau rasa makin marah dan dendam kan padan muka kau". Aku bahagia ke buat benda macam ni? Aku tenang ke buat benda macam ni? No i'm not. Semuanya dusta, aku pentingkan diri sendiri, aku kejam, aku jahat, akulah segalanya 😔 tetapi aku tetap meneruskan plan aku dengan mamat kopiah sampai betul-betul hati dia hancur berkecai baru puas hati aku walaupun aku tahu pada akhirnya aku yang merasa keseksaan itu.

Kami seolah-olah berperang macam nak perang dunia. Entahlah macam budak-budak haha, aku bergambar pun makin dekat dan aku seperti semakin jauh meninggalkan Allah, aku macam semakin lagho sejak berkelakuan begini. Aku semakin lalai, semakin jauh meninggalkan syurga. Semakin tak ingin masuk ke syurga, aku cakap mahu masuk syurga tapi kakiku menuju ke neraka. Allah~ allah~ allah~ apa yang aku buat ni? Terlalu jauh daripada Kau. Seandainya diri ini semakin jauh, kau turunkanlah seorang hambaMu membantuku ke jalan yang benar kembali.

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang