Aku gelabah tak tentu pasal sebab aku tak ready sangat-sangat. Tapi nak buat macam mana esok dah nak kahwin dengan fahmi, Allah betul-betul mempermudahkan urusan kami. Allah tak kejam pun, Dia buat aku menjauhi daripada si dia dan gantikan fahmi untukku. Betapa sweetnya Allah beri aku nikmat ini, aku bersyukur ya Allah. Terima kasih masih mahu menunjukkan jalan untuk kembali padaMu ya Allah.
"chakk! Assalammualaikum! Haaa mengelamun je keje dia, makan gaji buta ke haa? Hahaha" kata qasidah mengejutkan aku. Nasib baik tangan tak naik kan percuma dapat tamparan maut aku. "ishh budak ni, terkejut saya tau. Waalaikumsalam. Haa buatpe dtg sini? Nak minta lanje lah tu kan? Taknak, saya tak dapat gaji lagi dan cukup2 untuk saya je wekkk" usikku. "hekeleh tak heranlah, al maklum lah esok dh jd bini orang, mana nak kawan saya lagi". Hekeleh budak ni memang manja betul lah, nasib baik sayang haha.
_________________________________________________
Hari debaran yang ditunggu sudah pun menjelma. Ya Allah cantiknya aku berpakaian putih, niqab putih, simple but ya Allah tak terkata. Aku berjalan menuju ke masjid (dengan instrument music harris j save me from myself. Heee nak sweet gak), fahmi memandangku. Aku menunduk, tak tahu kenapa rasa malu sangat dan tangan aku menggeletar. Ya Allah perasaan ni aku tak dapat nak describe.
Tok kadi pun dah sampai dan kami mulakan majlis kami. Aku rasa nak menangis je masa tu, taktaulah rasa terharu dan sedih. Qasidah di sebelah kanan dan di sebelah kiri pula adikku sedang menitis air mata sebab happy aku akan kahwin akhirnya.
"Aku terima nikahnya Surihani Humairah binti Muhammad Syed Shukri dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai".
Alhamdulillah dengan sekali lafaz kami di ijab kabul. Kami ambil gambar, ambil video, kami bersalaman (masa tu tangan menggeletar nak salam haha), kami solat semuanyalah. Moment yang paling terindah dalam hidupku, terima kasih ya Allah.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...