Hari ni aku malas nak memasak so aku mengajak adik pergi makan luar and of course pasti ada hakim untuk menjaga kami. Kalau hakim ada senang sikit dia nak meluah depan adik, aduih boleh bayangkan sweetnya bila dua-dua blushing. Tiba-tiba niqabku ditarik, "haaa mengelamun lagi. Orang tanya nak makan mana malah mengelamun pulak dia" bebel suhana humairah. Aku tersenyum (buat mata sepet) dengan bebelan dia serupa macam bonda, pasti habib dan bonda happy tengok adik bakal milik orang, dialah layak digelar bidadari syurga MasyaAllah.
"Hakim ada sekali ke kak?" tanyanya sambil memandang di luar tingkap kereta, aku pelik lah tiba-tiba dia tanya pasal lelaki tu, takkank suka sama suka kot sedangkan hati dia ni lebih keras daripada batu. "haa ada lah, kalau dia takde memang cari nahas dengan abg ipar adik tu haa, macamlah taktau abg ipar adik tu suka sangat buli hakim tu haa" jawabku sambil membetulkan niqab, ohh jangan fikir aku yang drive ye. Kita orang naik grab je, nak drive tapi malas sebab takde lesen lagi hahaha.
______________________________________
(di kedai makan)"assalammualaikum, puan dan cik dah lama datang ke? Maaflah sebelum sampai sini, saya singgah kedai barang kemas tadi" jawab hakim. Barang kemas ye? Prepare awal betul mamat ni. Aku pun mengangguk, adik pula berdiam diri dan menunduk. Mata dia memang tak nampaklah sebab guna niqab hidden eyes entah-entah main mata pandang meja sebelah tu. Aku pun mengajak hakim duduk semeja dengan kami then tiba-tiba kakiku dipijak oleh budak depan aku ni, aku mengaduh dan pijak balik, dia pun mengaduh. Haih perang kaki pula, aku mengeluarkan telefon untuk mengajak zaujku makan sekali dengan kami sebab dah masuk waktu lunch. "assalammualaikum abg, datang sini lah kita makan sama, sy tunggu di kedai makan Tut's Egyptian Eatery di shopping centre ni tau. Ni haa ada adik dan hakim sekali, okay bye assalammualaikum" lalu aku meletak telefon.
"so hakim dah lama kerja dengan suami sy ke?" tanyaku. "it's been awhile" jawabnya sepatah, "ohh i heard that you want to get married isn't? Ohh my husband just told me" aku tengok riak muka dia pun dah berubah macam malu, alhamdulillah aku masih dapat tahan gelak. Dia mengangguk je, "adik kenapa diam? Bukan adik ke paling banyak bercakap? Ni diam macam takde manusia pula depan akk ni" usikku sambil menarik niqabnya, haih dua-dua malu ni, macam aku sorang je duduk sini. Takpe tunggu korang, tunggu zauj aku mai haaa habislah kena bahan dari kami, bisik hatiku.
Bersambung~
YOU ARE READING
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...