Hati ini.. Apakah sudah hitam? Apakah aku ini tidak layak diterima oleh Allah? Aku berdiri terpaku sambil menangis di depan cermin rumahku, terasa tiupan angin yang lembut. Lagi sekali hatiku diketuk, aku nak pakai niqab. Yes! Aku nak pakai kerana Allah. Aku nak pakai pakaian sunnah ini tapi, layakkah aku manusia yang jijik ini berpakaian sedemikian, sedangkan Aisyah RA teramat suci dan terjaga. Patutkah aku sarung secebis kain hitam ini?
Seminggu sebelum SPM
Aku study, study dan study. Hampir dua hari aku tak tidur. Aku akan pastikan aku dapat keputusan yang cemerlang yang boleh membanggakan habib dan bonda, aku pasti habib bangga denganku inshaAllah. Bonda ketuk pintu bilikku untuk hantar makanan kerana dari siang tadi tak makan, tiba-tiba.. "Bonda! Bonda! Tolong bangun bonda tolong, jangan tinggalkan
humairah please bonda tolong bangun, jangan tidur sini bonda"______________________________________
Aku menelefon ustazah adikku supaya tolong hantarnya ke hospital kerana keadaan bonda kritikal. Kami terduduk di depan bilik kecemasan dan berdoa tanpa henti. Air mata tanpa henti mengalir, aku pandang adikku. Dia kelihatan tenang, tapi aku kelihatan orang gila. Aku tanya adikku "kenapa adik kelihatan tenang? Adik tidak risau ke? Adik tak takut ke bonda macam habib?" dan dia pun berkata "sesungguhnya Allah mencipta kita di dunia untuk beriman kepadaNya dan kembali kepadaNya, Allah nak lihat kekuatan iman kita kak, adik macam je tenang tetapi di dalam hati Allah je tahu. Allah sayang kita, Allah nak uji kita, Allah nak kita sentiasa ingat Dia dan inilah ujian untuk kita kak, adik redha selain itu, Allah uji kita kerana kita mampu nak hadap".Ya Allah kenapa aku tidak sekuat adikku ya Allah. Kenapa ya Allah?
Tiba-tiba doktor keluar dari bilik kecemasan dan berkata "awak berdua ahli keluarga Puan Khadijah?". "Ye, kami anak dia", "ohh okay, saya nak memberitahu bahawa ibu anda berdua dalam keadaan kritikal, kanser tahap 3. Jadi kami cadangkan membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut tetapi tidak 100% sembuh, kalau anda berdua ada saudara mara terdekat ingin melanjutkan pembedahan ini sila beritahu saya".
Allahu akbar~
Tahap 3 ya Allah. Sesungguhnya inilah ujian teramat berat untukku ya Allah. Ampuni aku ya Allah.
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...