part 26

2.7K 135 0
                                        

Author: Nurul Fitri Shafiza

Aku pergi satu persatu kedai untuk minta pekerjaan kosong tapi sayang semua menolakku hanya kerana pemakaianku, maka aku pun buat keputusan untuk membukanya tetapi hanya sementara selepas diterima pekerjaan di mall tersebut, aku pergi ke tandas dan membuka niqabku. Walaupun hati aku berat nak buka, even aku ni selalu buat dosa tapi aku nak pakai niqab sebab malu nak buka balik. Aku pun tak tahu kenapa dengan diri ini perasaan dan niat aku berbolak balik, aku jadi keliru. Aku nak dipandang tetapi aku malu dipandang. Aku nak menutup tetapi aku menunjuk. Semuanya seperti lawanan, aku nak buat baik tapi aku nak juga buat jahat.

Selepas buka niqab aku cari kerja, alhamdulillah dapat tawaran beberapa buah kedai baju. Aku rasa malu bila dipandang, aku rasa diperhatikan. Tapi bukankah ini yang aku nak? Tapi bukan dengan cara pemakaian tanpa niqab, aku nak orang pandang aku melalui mata sahaja. Setelah aku dapat beberapa tawaran pekerjaan aku berlari anak ayam menuju ke tandas untuk pasang balik niqabku. Aku pun berjalan-jalan di mall, tiba-tiba teringat habib dan bonda, ya Allah rindunya. Mereka selalu bawa aku dan adik berjalan-jalan. Selama tiadanya dorang hidupku seolah-olah hancur. Hanya Allah saja yang tahu. Allah buat aku macam ni mungkin sebab nak uji aku. Aku cuba mengambil ibrah setiap apa yang berlaku dalam hidup tapi aku seperti manusia yang tiada hati. Hanya jasad berjalan dan rohku menuju ke neraka, Allahu.

Aku berjalan menuju ke sebuah kedai makan, aku mengambil gambar tanpa sedari ada yang memerhati dan berbisik sambil pandang aku. Aku tunduk, aku tahu mereka kutuk aku, mengumpat aku. Aku tahu, aku dah biasa. Haters gonna hate right. Macam aku baru lepas bunuh orang je then aku abaikan je mereka sekelilingku. Tiba-tiba seorang lelaki lalu dan memberiku sepucuk surat dan terus berlalu pergi. Aku tidak mengenalinya lalu aku pun pusing ke belakang untuk melihat wajahnya tapi dia dah pergi jauh so aku pun buka surat tersebut dan tertulis:

"Assalammualaikum ya ukhti, niatku hanyalah memberi semangat kerana aku melihat dikau terasa malu dengan orang sekeliling jadi aku pun menulis surat untuk memberi kekuatan untukmu ukhti. Allah baik, Dia menjaga aib kita. Di mata manusia kita seperti ahli syurga sebab apa? Allah tutup aib kita. Tolong jaga diri, abaikan orang sekeliling, sentiasa tabah dengan ujianNya. Asslmmualaikum ya ukhti"

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang