"assalammualaikum wbt semua, lama tunggu?" tegurnya dan menyentuh belakangku, aku pandang dia dengan jelingan tajam sebab datang lambat. Dahlah orang lapar, dia datang lewat pula. "waalaikumsalam, haa lambat. Orang dah lapar tau dak? Haa order lah" kataku dan buat-buat marah lalu dia mencuit pipiku, aku mengaduh dan menampar bahunya sambil tu buat isyarat mata nak kenakan dua orang di depan kami.
"haih hakim? Diam je dah kenapa? Takut dah ke? Terkencing dalam seluar dah ke? Adik? Kenapa diam memasing ni? Tak syok lah macam ni haha" usik zaujku.
"ehh apa ni boss, takdelah. Takde benda nak cakap so diam jela hee" kata hakim. Sekarang giliran aku pula dan berkata "tadi lambat datang cakap beli barang kemas? Barang kemas apa tu? Cincin kawin ke?" usikku sambil gelak.
Dah nampak dua-dua blushing sangat, tiba-tiba hakim memberanikan diri buat pengakuan di hadapan kami, dia berdiri dan bercakap dengan adikku.
"di depan boss dan puan humairah, sy nak cakap yang sy nak kawin dengan awak. Sy nak menghalalkan awak, izinkan saya mengahwini awak ya suhana?" sambil mengeluarkan cincin dan letak di hadapan suhana.
Aku dan zauj rasa nak menjerit je dekat situ, bukan selalu tengok drama macam ni haha. Lalu adik jawab "buat masa ni sy tak dapat menerima cincin awak ni sebab sy masih belajar, lusa sy nak balik ke Malaysia dah. In shaa Allah ada rezeki sy dtg sini dengan keputusan sy, sy perlukan masa setahun je untuk habis belajar di pondok. Awak juga ambil lah masa untuk kumpul duit, harap awak bersabar dan boleh tunggu keputusan sy dan tolong hormat dengan keputusan sy".
"baiklah terima kasih kerana memberi sy peluang. Sy hormati keputusan awak, sy akan tunggu awak smpai habis belajar di pondok in shaa Allah" kata hakim sambil tersenyum.
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
Disebalik Niqab Hitam
General FictionSipnosis ~ Nama aku Surihani Humairah, orang panggil aku Mairah atau Hani. Umur aku 18 tahun dan dibesarkan oleh kedua orang tuaku iaitu Habib dan Bonda. Aku mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Suhana Humairah, dia seorang hafizah dan aku...