part 6

5.3K 229 7
                                    

Nama aku jadi blacklist sekolah tu. Semua pandang hina terhadapku, kenapa kejam sangat ya Allah? Hm tak mengapa kerana ini ujian untukku dan ada banyak lagi manusia yang dapat ujian lebih besar daripada aku. Kerana Engkau aku berubah, kerana Engkau aku hidup dan kerana Engkau aku kembali padamu. Aku serahkan semua hatiku ya Allah.

Rupanya aku disabotaj oleh lelaki yang sukakan aku itu, dia yang buat fitnah terhadapku. Mula-mula aku ingin membalas dendam tapi sentiasa ingat kata-kata ustazahku _"biar orang buat kita, kita buat baik"_. Maka aku pun terus memaafkan dia. Sekali lagi Allah ketuk hati ini, tiba-tiba terlintas dalam fikiran yang aku nak sambung ke sekolah pondok. Tapi aku masih perlu habiskan sisa di sekolah ini iaitu SPM. Maka aku pendam dulu hasrat aku itu, biarpun banyak dugaan di sekolah ini tapi aku tetap kuat keranaNya dan teruskan demi habib dan bonda.

Ye, semasa umur 16 tahun. Aku selalu kena buli, aku tak kasar seperti dulu, sekarang? Hati tisu huhu. Tapi apa aku buat? Bersabar dan terus bersabar, selalu mengenang habib dan bonda yang susah payah membesarkan aku dan adikku. Aku pendam semuanya tanpa pengetahuan habib dan bonda. Siksanya kena buli. Tapi alhamdulillah dengan kekuatan hati ini keranaNya, aku tetap berdiri walaupun banyak kali jatuh tersungkur.

Lepas aku balik dari sekolah, aku nampak ramai orang berada di rumahku, terdengar bacaan Yassin di dalam rumahku. Allah! Apakah? Aku terus lari menuju ke rumah, alangkah terkejutnya aku, habib tengah baring yang sedang menahan sakit. Allah~ Allah~ Allah~ lututku jadi lemah, hatiku retak, perasaanku bercampur baur melihat bonda dan adik membaca yassin sambil menangis. Ya Allah jangan Kau ambil dia dulu ya Allah, aku belum bersedia ya Allah. Aku menghampiri habib, terdengar sayu suara bonda membaca yassin, habib berbisik kepadaku dan berkata _"habib nak bidadari habib sentiasa dalam jagaan Allah, habib nak bidadari habib jaga bonda dan adik"_

Allahu akbar~

Aku tak kuat ya Allah! Sungguh tak kuat! Ambillah aku bukan dia ya Allah! Allah!

Bersambung~

Disebalik Niqab HitamWhere stories live. Discover now