CYKB:1

17.1K 627 17
                                    

UNGKU HARRAZ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UNGKU HARRAZ. Itulah nama lelaki yang Hazel benci dari dulu sehingga sekarang. Nama yang paling tak sedap dia pernah dengar. Orang kata, kalau dah benci, apa-apa yang berkaitan dengan orang yang dibenci itu semua serba tak kena di pandangan, pendengaran dan fikiran.

Habis semua cacat-cela orang itu dipandang meluat walaupun pada pandangan orang lain, dia tak kurang seperti malaikat. Tapi tidak pada Hazel jika melibatkan mamat yang bernama Harraz ini!

Hazel benci Harraz!

Dia punya tahap benci dekat mamat ini, sampai tahap kalau suatu hari nanti Harraz datang melutut ingin meminta maaf kepadanya, dia tak akan teragak-agak untuk menghamburkan tawanya di hadapan wajah lelaki itu seolah-olah permohonan maaf lelaki itu kedengaran lucu di telinganya. Memang tak ada maaf bagimu, Ungku Harraz!

Nama dah sedap tapi perangai, mengalahkan beruk dalam hutan.

Tak dinafikan, setiap kali berdebat dengan Hazel, Harraz sentiasa mahukan kemenangan. Hazel akui, Harraz seorang lelaki dan mempunyai ego dan harga diri yang perlu dijaga. Bayangkan kalau dia kalah dengan Hazel.

Jangan tak tahu. Hazel ni kalau dah datang mood mulutnya ringan nak membidas dengan ayat-ayat padu, Harraz yang acah terpaling kental tu pun boleh berair tubir mata.

Ya, Harraz ni memang cengeng. Kebudak-budakan.

Sejak beberapa minit yang lalu, perang mulut antara Hazel dengan si mangkuk hayun di hadapannya itu masih tidak berani diputuskan oleh mana-mana pihak. Bukan sahaja budak-budak dari kelas mereka yang menyaksikan pergaduhan itu, malah budak-budak dari kelas lain juga turut berkerumun di muka pintu hadapan dan belakang kelas untuk memarakkan lagi suasana gelanggang pergaduhan antara Harraz dan Hazel.

"Aku tak cari pasal dengan kau tau! Kau yang tak habis-habis nak naikkan darah aku," tengking Hazel kuat, membuatkan suaranya bergema di ruangan kelas itu.

Dia pandang mamat Harraz ni kecik besar kecik besar aje. Ikutkan hati yang sedang panas, mahu saja dia pukul kepala mamat itu sampai tulang leher lelaki itu patah. Biar tak boleh toleh kiri, kanan atas bawah lagi!

"Hah apa dia? Tak dengar. Sorry la, aku dah lama tak korek telinga. Kau cakap apa tadi?" ejek Harraz seraya meletakkan tangannya ke belakang telinga.

Naik darah juga Hazel apabila mamat itu memperlekehkan dia. Namun, tetap juga ada suara-suara yang meng'eww'kan Harraz yang bersikap tidak sopan sebentar tadi.

Tak korek telinga pun nak beritahu orang ke? Senang-senang aje kantoi. Walaupun mereka tahu Harraz cuma bergurau untuk menyakitkan hati Hazel, musuhnya itu.

Harraz ketawa girang. Ketawa itulah yang Hazel maksudkan kemenangan untuk Harraz. Sebab berjaya malukan Hazel di hadapan semua orang.

Hazel ketap bibir, kepal penumbuk. Tunggu masa saja buku limanya itu mahu dilayangkan ke wajah Harraz yang kurang kacak itu.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now