CYKB:42

9.1K 445 110
                                    

Lihatlah, diriku yang kehilanganTanpa kasihmu, sayangSiapalah aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lihatlah, diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu, sayang
Siapalah aku...

LAGU 'Sandarkan Pada Kenangan' yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Almarhum Siti Sarah itu dipasang melalui telefon pintar miliknya. Sengaja dia pasang lagu supaya tidak bosan berseorangan di ruang dapur itu. Sekurang-kurangnya, dengan bertemankan muzik, boleh menghiburkan hatinya yang sememangnya sedang gembira.

Haruslah gembira. Dia sedang merajinkan diri membakar kek di dapur untuk seseorang yang sangat istimewa. Kalau bukan sebab orang istimewa itu, memang tidaklah dia nak menjejakkan kaki ke dapur.

"Sayang menyayang... Saling percaya... Punca kasih berpanjangan... Ohhhhh..." nyanyi Hazel sambil mendekatkan spatula plastik ke bibirnya. Menjadikan spatula plastik itu sebagai mikrofon.

Hazel kembali menggoyangkan pinggulnya ke kiri dan ke kanan apabila suara Jamal Abdillah pula merdu bergema. Kononnya, dia sedang berduet dengan Jamal Abdillah saat itu.

Mengapa kita harus bersengketa?

"Kerana fitnah dan salah sangka..." Walaupun tahu suara ke laut, dia tetap juga mengalunkan sebaris lirik yang dinyanyi oleh Siti Sarah itu.

Sambil menyanyi, sambil itu tangan bekerja mengangkat baking paper keluar dari loyang. Kemudian, dia pindahkan kek yang sudah sedikit sejuk itu ke atas pinggan.

Melihatkan burnt cheese cake buatannya cantik seperti di dalam gambar yang dijadikan sebagai panduan, dia yakin rasanya juga pasti enak. Makin bertambah rasa tak sabar menunggu hari esok.

Apa yang telah terjadi pada kenangan?

"Sememangnya aku tak pernah melupakan," sambung Hazel sambil pejam mata rapat. Menjiwai suara dan nyanyian sendiri. Tak merdu mana, tapi bolehlah untuk pendengaran sendiri.

"Mengapa masih ada perasaan benci?"

Hazel tersentak. Dia menoleh memandang ke arah gerangan yang menyambung nyanyian itu. Melihatkan wajah Harraz yang tersenyum ke arahnya, Hazel terus tayang muka meluat.

Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan...

Bila suara Harraz masih ikut menyanyi, Hazel terus capai telefon di atas kabinet dapur sebelum mematikan lagu tersebut. Dia jeling Harraz. Sibuk ajelah mamat ini!

"Kalau nak berduet dengan aku, cakap. Tak payah nak malu-malu." Harraz berjalan mendekati Hazel. Patutlah meriah semacam ruang dapur rumahnya itu. Rupa-rupanya, ada Hazel yang sedang membakar kek.

Nampak macam sedap!

"Tapi lagu ni macam relate dengan kita kan?" sambung Harraz seraya menopang dagu merenung wajah Hazel yang masam mencuka sejak dia muncul tadi.

Macam biasalah. Hazel bukan suka pun dia datang mengganggu begini. Kalau dia mendekat saja, pasti wajah gadis itu berubah. Kelatlah, masamlah, meluatlah, menyampahlah...

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now