CYKB:30

9.6K 401 65
                                    

"KAU still ada dekat sini? Aku ingat kau dah berambus dari rumah ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU still ada dekat sini? Aku ingat kau dah berambus dari rumah ni." Harraz yang baru pulang terus naik ke bilik.

Matanya menangkap susuk tubuh Hazel yang baru habis berbual dengan Syifa di dalam talian di ruang balkoni. Hazel pula terus mematikan panggilan selepas terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Tahulah dia itu Ungku Harraz, siapa lagi?

Sudahlah dia baru habis mengumpat pasal Ungku Harraz kepada Syifa.

"Kalau kau nak sangat aku berambus dari sini, aku boleh pergi. Tapi selepas umi dengan daddy balik sini. Selagi umi dengan daddy tak balik sini, aku takkan keluar dari rumah ni." Laju tutur kata Hazel menjawab.

Muak sebenarnya dengan perangai Harraz yang tak habis-habis cari pasal. Macamlah aku nak hadap sangat perangai kau tu.

"Kenapa tak berambus sekarang aje? Buah hati kesayangan kau tu kan ada nak tolong kau. Pergilah korek duit dari dia. Kau kan sanjung dia sangat?" sindir Harraz, sedangkan dia tahu Raziq sendiri tak mampu!

"Paling penting sekali, Raziq tu 10 kali ganda lagi baik dari kau. Dia memang tak ada duit, tak kaya macam kau. Tapi hati dia baik." Hazel mempertahankan Raziq.

Puas hatinya dapat meluah sebegitu rupa kepada Harraz. Sakit hatinya apabila orang yang dia sayang dihina begitu. Orang itu juga ada maruah diri.

"Aku peduli apa dia miskin ke baik ke? Kau suka dia pun sebab rupa aje, kan? Kau tak payahlah nak berlagak dengan aku. Konon tak pilih harta. Yang aku tahu, kau tu memang perempuan tak reti malu." Tiba-tiba saja Harraz melabelnya sebegitu.

Hazel menghentikan langkah. Niatnya ingin ke sofa untuk tidur terbantut. Dia memusingkan badan menghadap Harraz. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum berjalan mendekatinya.

"Berduaan dengan Hadif dalam bilik stor, bergaul tanpa batas dengan Raziq. Kau buat aku ni macam tak wujud, kan? Kau ingat aku apa? Penonton? Sebelum tengok wayang kau orang, bayar dulu tiket? Eh Hazel... sikit-sikit sudahlah. Jangan tunjuk sangat perangai murah kau tu," hina Harraz.

Hazel diam, buat tak endah walaupun di dalam hatinya saat ini terasa sakit dihina begitu. Namun, dia cuba bertahan selagi dia boleh tahan.

"Jujur aku kata, aku sebenarnya tak nak ambik kisah pun pasal hal kau. Kau nak buat apa pun, buatlah. Tapi bila fikir balik, kau tu isteri aku. Kau nafilah macam mana sekalipun, status kau sebagai isteri aku tu takkan pupus selagi aku tak ceraikan kau." Harraz berhenti sekejap.

"Dan Raziq... bukan sesiapa untuk kau. Jadi, tak payah nak melebih-lebih mengharapkan cinta kau terbalas. Dia tu belum tentu lagi nak terima kaulah. Aku tengok, kau aje yang beria dengan dia," sambung Harraz sambil tersenyum sinis.

"Tapi pelik, kan? Kenapa banyak-banyak lelaki, kau jatuh cinta dengan sepupu sendiri. Tak geli ke suka sepupu sendiri? Darah daging kau, kan?" Harraz sengaja nak sakitkan hati Hazel.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now