TAMAT waktu sekolah, mereka sambung pula dengan kelas tambahan seperti biasa. Selepas kelas tambahan tamat, Harraz dan Hazel stay back di sekolah sehingga petang untuk menyiapkan tugasan pembentangan subjek Sains mereka yang akan dibentangkan esok.
Semua barang termasuk marker pen dan kertas mahjong sudah disediakan lebih awal. Tinggal ingin menyalin point-point penting sahaja. Itulah apa yang Hazel sedang lakukan sekarang.
"Hai. Hazel, right?" Sedang elok Hazel menikmati lagu yang dipasang melalui aplikasi Musi sambil tangan yang memegang permanent marker hitam menulis di atas kertas mahjong, datang seorang manusia menegur.
Perlahan-lahan Hazel mendongak memandang lelaki yang tinggi lampai itu. Eh, malaun spesies Harraz rupanya datang menyapa.
"Ya saya," sahut Hazel bersahaja. Dahinya berkerut memandang Hayat.
Ada apa budak baharu ni datang menegur?
"Hye, nama aku Put..."
"Putra Adham Al Hayat? Okey, tahu." Terus Hazel menyampuk.
Fuh, power gila... nama panjang dia pun aku boleh hafal.
Hayat tayang sengih.
"Sorang aje ke?" soal Hayat bersama senyuman tidak lekangnya.
Dia menyengetkan sedikit kepalanya sambil merenung kertas mahjong di atas meja kayu bulat itu. Tahulah dia yang gadis itu sedang menyiapkan tugasan untuk pembentangan esok. Dia sudah sedia maklum tentang tugasan itu.
"Dengan partner aku, Harraz." Hazel membalas.
"Boleh aku duduk sini?" minta Hayat penuh sopan-santun.
"Duduklah." Hazel mengalihkan beg sandangnya dengan Harraz yang diletakkan di kerusi kayu yang ingin diduduki Hayat itu ke tempat lain.
Sambil itu, dia melarikan mata permanent marker di atas kertas mahjong.
Hazel angkat kepala seraya menebarkan pandangan ke sekeliling. Mencari kelibat Harraz yang masih belum munculkan diri. Lama betul dia pergi ke kantin. Beli makanan atau ganti mak cik kantin jual makanan?
"Aku boleh tolong kalau kau nak." Hayat bersedia untuk membantu.
"Bukan kau baru masuk hari ni ke? Takkan dah nak mengajar orang?" Hazel sengih lucu.
"Well, kat sekolah lama dulu, aku dah buat semua ni dah. Tajuk yang kau tengah buat sekarang, tajuk yang aku dapat waktu kat sekolah lama. What a coincidence, right?" Peramah si Hayat ni.
Tapi, kenapa dia tak kacau Syifa? Aku tengah sibuk ni. Yang si Harraz ni pun satu. Lama betul ke kantin beli makanan. Perut aku dah melalak ni.
"Oh, baguslah macam tu," balas Hazel acuh tak acuh sahaja melayan si Hayat.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...