SEKUJUR tubuh yang baru keluar dari kereta itu Hazel peluk erat. Tidak mahu lepas. Hampir setahun tidak bersemuka. Rasa rindu yang membuak-buak, Hazel lepaskan dalam pelukan ketat itu.
Pelukan mereka lama. Senyuman Datin Harsyifah makin merekah saat merasa perut Hazel yang sudah membesar menyentuh perutnya. Dia gembira mengenangkan dia bakal menimang cucu. Tak lama lagi dia akan jadi nenek.
"Umi! Rindunya..."
Air matanya mula bergenang. Tidak sangka dia masih berpeluang untuk berjumpa dan bersemuka dengan umi dan daddynya selama hampir setahun. Tangisan terlepas tanpa segan silu. Terlalu rindu.
"Umi pun rindu Hazel. Cucu nenek kat dalam ni macam mana?" Pelukan dilepaskan, kini tangannya pula memainkan peranan di perut Hazel.
Lama mereka berpelukan sebelum mata Hazel terarah pula pada susuk tubuh daddynya. Dato Kusyairi tersenyum kecil kepada Hazel sebelum mendepakan tangannya luas. Memanggil anak gadis kesayangannya itu datang kepadanya untuk berpelukan.
"Daddy!" Tangisan Hazel berderaian lagi tanpa segan-silu walaupun disaksikan oleh Puan Sri Fazura dan Tan Sri Ungku Harriz.
Ah, biarlah! Mesti mereka faham dia sangat merindui keluarganya itu. Hazel bersyukur umi dan daddynya pulang dalam keadaan yang sihat dan selamat.
Harraz turut bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan bapa mentuanya yang baru sampai Malaysia. Datin Harsyifah mencium pipi Harraz. Menantu kesayangannya. Harraz tersenyum.
Selesai sesi berpelukan, kini giliran besan dengan besan pula. Datin Harsyifah dan Puan Sri Fazura berlaga pipi gaya mak-mak bila lama tak berjumpa.
"Sihat, Faz?" soal Datin Harsyifah kepada Puan Sri Fazura.
"Sihat. Awak dengan Airi macam mana pulak? Seronok honeymoon kat luar negara?" Puan Sri Fazura berkata dalam nada gurauan. Terdengar gelak tawa dua orang wanita itu.
Tak lupa juga Dato Kusyairi dengan Tan Sri Ungku Harriz yang tidak kurang mesra juga. Masing-masing melepaskan rindu yang membara. Nampak kemesraan antara dua buah keluarga ini.
Mereka memeluk bahu masing-masing sambil melangkah membuntuti para isteri masuk ke dalam rumah.
Di ruang tamu, tuan rumah mempersilakan tetamunya duduk. Hazel turut melabuhkan duduk di sofa bersama Harraz yang setia di sebelahnya. Jarak di antara mereka cuba dijauhkan tetapi makin dia menjauh, makin Harraz merapatkan kedudukan mereka.
Akhirnya, dia mengalah juga dan duduk diam-diam. Biarlah apa pun mamat ni nak buat. Malas nak melayan!
Bibik datang bersama sedulang cawan dan teko dan dilengkapi biskut cokelat. Tuan rumah menjemput tetamu mereka makan. Dato Kusyairi dan Datin Harsyifah tersenyum-senyum seraya menjamu hidangan yang terhidang.
Harraz dari tadi main mata dengan Hazel, tapi langsung tak dipandang gadis itu. Fikir aku nak melayan kau?
"Umi... daddy... nanti Hazel ikut umi dengan daddy balik rumah tau," kata Hazel.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Любовные романы[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...