HAZEL berhenti meneruskan langkah lalu membawa pandang ke arah Harraz yang sudah menyandarkan badannya di kepala katil. Wajah Harraz pucat tak bermaya. Bibir lelaki itu merekah akibat tak sentuh air mahupun nasi sejak semalam.
Hazel tersenyum lalu kembali menuju ke arah katil lelaki itu.
"Hah... Kan bagus dengar kata," ujar Hazel bersama senyuman kemenangan.
Mesti dia takutlah tu bila diugut tentang kematian. Baru kau tahu.
Namun, belum pun langkahnya tamat sehingga di katil Harraz, lelaki itu berkata sesuatu yang membuatkan Hazel menghentikan langkahnya.
"No. Jangan lupa tutup pintu balik bila kau keluar. Aku nak tidur," arah lelaki itu, sudah membaringkan dirinya dengan posisi yang selesa.
Ternganga mulut Hazel. Fikirnya, Harraz makan pancingnya, sebaliknya dia pula yang terkena. Harraz masih dengan degilnya.
"Seriously?" Hazel tidak percaya.
"Keluar. Aku memang dah cukup menyampah tengok muka kau," suruh Harraz lagi sudah memejamkan matanya kembali.
Hazel mendengus kuat.
"Harraz, makanlah ubat. Tolonglah... aku penatlah nak paksa kau makan ubat ni. Macam nak bagi budak-budak makan, tahu tak?" pujuk Hazel bergerak ke katil Harraz. Dia sudah pegang ubat air di tangan, bersedia untuk memberi Harraz makan.
Lama Harraz berfikir sebelum dia membuka mata kembali. Dia juga mahu pulang cepat, tak mahu duduk lama-lama di hospital ini. Dia benci bau ubat-ubatan di sini.
Harraz panjang akal. Timbul idea nakalnya untuk mengenakan Kamilia Hazel.
"Okey, aku makan. Tapi dengan satu syarat." Harraz berpeluk tubuh. Wajahnya yang pucat itu serius merenung Hazel.
"Oh my... Okay fine! Apa?" Hazel malas nak melayan sebenarnya tapi ikutkan sajalah.
"Jalan itik depan aku." pinta Harraz sambil gelak di dalam hati. Dia sudah terbayang Hazel seperti orang dungu mencangkung di lantai sambil jalan itik di sekeliling biliknya itu.
Tercekik Hazel dibuatnya.
Harraz tayang senyum nakal. Kurang ajar mamat ni nak kenakan aku!
"No! Kau ingat aku budak-budak ke?" tolak Hazel. Dia tidak akan bertindak bodoh demi lelaki itu.
"Okay, then. Aku takkan makan. Kalau jadi apa-apa kat aku, kau yang bertanggungjawab." Harraz mengalihkan pandangannya ke arah lain, tanda tidak kisah.
Hazel tersekat ditengah-tengah. Dia tidak mahu menjatuhkan maruah sendiri hanya dengan mengikut permintaan Harraz untuk memuaskan hati lelaki itu semata-mata. Dalam masa yang sama, kesihatan Harraz di bawah tanggungjawabnya sekarang.
Kalau kesihatan Harraz merosot, apalah tanggapan Puan Sri Fazura dan Tan Sri Ungku Harriz terhadapnya? Mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.
Walaupun dia tidak bersetuju dan reda dengan pertunangan aturan keluarga itu, tetapi dia tidak mahu digelar dengan nama yang tidak baik. Kalau sampai ke telinga Abang Raziq macam mana?
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...