CYKB:20

10.5K 464 22
                                    

"HAZEL tahu kan, tanggungjawab Hazel sekarang dah jatuh pada Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAZEL tahu kan, tanggungjawab Hazel sekarang dah jatuh pada Harraz. Apa-apa, Hazel kena tanya suami Hazel. Mom tak boleh nak beri kata putus kalau masalah macam ni." Cuma itu yang Puan Sri Fazura boleh kata selepas Hazel meminta izinnya untuk keluar dengan Andra.

Selepas pulang dari klinik, Hazel terus meminta izin Puan Sri Fazura untuk benarkan dia keluar tengok wayang dengan Andra.

Alhamdulillah, nasib baik tiada apa-apa implikasi pada tulang belakang mahupun punggungnya. Doktor kata, semuanya okey sahaja. Hazel lega mendengarnya.

Nasib baik semuanya okey. kalau tidak... dia akan pastikan Harraz orang yang harus bertanggungjawab atas kesalahan lelaki itu sendiri.

"Hazel tahu mom. Tapi..."

"Hazel tanya Harraz eh?" Puan Sri Fazura tersenyum selepas menepuk-nepuk belakang tangan  Hazel yang menggenggam tangannya.

Tapi apakan daya, dia hanya berstatus ibu mentua kepada Hazel dan untuk hal-hal begini, bukan menjadi tanggungjawabnya tapi tanggungjawab itu sudah jatuh pada Harraz.

Hazel mengeluh. Dia memandang tingkat atas di mana selepas ini dia akan bersemuka dengan Harraz untuk meminta izin.

"Oi. Sabtu ni aku keluar dengan Andra," beritahu Hazel sambil memandang Harraz yang sedang membelek telefon di atas katil.

Ungku Harraz terus laju memandang Hazel yang duduk di sofa tak jauh dari katilnya.

"Apa?" Harraz kurang dengar.

"Aku cakap sekali aje," balas Hazel.

Harraz menggelengkan kepala laju.

Sebenarnya dia dengar apa yang Kamilia Hazel cakap tetapi dia minta ulang supaya dia boleh pastikan apa yang dia dengar tu betul atau telinga dia yang ada masalah.

"Keluar dengan mamat poyo tu? Tak boleh," putus Harraz.

Memang taklah dia nak kasi Hazel keluar dengan lelaki. Tak bertamadun langsung.

"Asal tak boleh pulak?" soal Hazel sedikit tak puas hati dengan balasan daripada Harraz.

Rasanya, dia tak ada minta izin Ungku Harraz pun walaupun sebenarnya memang itulah niat dia pada awal tadi.

"Kau minta izin aku en." Harraz kembali menatap telefonnya tetapi dalam fikirannya memikirkan Hazel dengan Andra.

"Ada aku cakap aku nak minta izin?" Hazel bertanya sambil mengangkat keningnya.

"Ah, aku still tak benarkan." Harraz sakit hati.

Apa yang si Andra tu buat sampai dah berani ajak isteri aku keluar bagai?

"Kau kenapa?" Hazel sudah mula berdiri dan perlahan-lahan bergerak ke arah katil Harraz. Tiang katil dipegangnya dengan wajah yang menunjukkan dia sangat tak puas hati dengan Harraz saat itu.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now