IKUTKAN dia memang malas nak ikut Harraz keluar hari ini. Sudah puas dia menolak dan memarahi lelaki itu yang beria-ia mendesaknya. Tapi, Harraz ini panjang akal. Selepas Harraz mengugutnya menggunakan nama Raziq, dia akhirnya terus bersetuju. Kata Harraz, kalau dia ikut lelaki itu hari ini, Harraz akan benarkan dia keluar dengan Raziq lagi selepas ini.
Hazel pujuk diri sendiri. Tak apa, Hazel. Kali ini saja kau keluar dengan Harraz. Layan dia untuk hari ini saja.
Dia melihat wajah Harraz dari tepi. Lelaki itu sedang ralit memilih strawberi di atas peti sambil menundukkan sedikit kepalanya. Sejak tadi, cuma Harraz yang mengambil barang-barang dapur kering dan basah lalu diletakkan ke dalam troli. Apalah yang lelaki ini nak masak lagi? Rajin sungguhlah.
Hazel mengeluh. Bosannya.
Harraz yang terdengar isterinya mengeluh di sebelah terus menoleh. Dia berdiri tegak.
"Kau bosan eh teman aku beli barang dapur?" soal Harraz merenung Hazel.
"Bosan gila! Tak best langsung tahu tak? Baik kau pergi sorang aje tadi." Hazel menjeling lelaki itu. Dah nampak dia kebosanan lagi mahu tanya.
"Okey, sorry. Kejap lagi kita pergi kedai tadi nak tak? Aku belanja kau. Kita beli baju baby sekali?" Harraz cuba ambil hati Hazel.
Sebelum mereka masuk ke dalam pasar raya tadi, dia perasan Hazel mencuri pandang ke arah kedai barangan bayi dan ibu mengandung yang agak besar tadi.
Nampak seperti Hazel berkenan nak ke sana kerana baju ibu mengandung yang dipamerkan di hadapan kedai itu semua cantik-cantik. Alang-alang itu, bolehlah mereka sediakan barang-barang untuk anak-anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
Hazel melirik ke arah Harraz melalui ekor mata. Macam mana Harraz tahu dia nak ke kedai tadi? Dia memang sudah pasang niat nak ke sana selepas mereka habis membeli barang dapur ini. Bila dengar Harraz nak belanja, lagilah dia melonjak suka dalam hati.
"Harraz..." Tiba-tiba suara lunak seseorang menyapa dari belakang Harraz.
Harraz dan Hazel menoleh pantas.
Terbeliak biji mata Hazel melihatkan gadis di hadapannya itu. Perubahan yang tak pernah dijangka. Betul ke apa yang dia lihat di depan matanya saat ini?
"Tiara?" soal Harraz, pun tak percaya melihat gadis yang baru menegurnya itu.
Tiara sedikit terkejut dengan apa yang sedang dilihatnya itu. Berdasarkan penglihatannya yang tidak rabun itu, dia nampak perut Hazel yang besar di sebalik kardigan yang dipakai gadis itu. Tapi takkanlah mereka berdua...
"What a coicidence. Tak sangka dapat jumpa kau orang kat sini. Sejak bila kau orang..."
Tiara tidak pasti jika mereka itu pasangan suami isteri kerana apa yang dia tahu, Hazel dan Harraz bermusuhan antara satu sama lain. Melainkan jika mereka memang sudah berkahwin dan bakal menimang anak betul-betul.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...