"UMI, tolonglah jangan paksa Hazel. Hazel tak nak."
Puas dia rayu. Puas juga dia tolak. Datin Harsyifah langsung tidak endah. Tubuh anak gadisnya ditolak agar keluar dari rumah.
Tiba di pintu kereta bahagian penumpang belakang, Datin Harsyifah menolak bahu Hazel agar masuk ke dalam kereta tetapi Hazel tetap mengeraskan badannya tidak mahu.
Dia geleng kepala laju-laju tanda dia tidak mahu ikut uminya ke mana-mana.
"Nak tak nak, Haz kena ikut juga. Jangan malukan umi. Masuk kereta sekarang!" arah Datin Harsyifah tegas. Dijegilkan matanya pada Hazel.
Kemudian, dia memandang ke arah pintu rumah. Menanti suaminya memunculkan diri.
"You! Cepatlah sikit! You buat apa lagi kat dalam tu?!" suara Datin Harsyifah sudah meninggi. Hazel berdecit kasar.
Mendongkol perasaan Datin Hasryifah saat bayang Dato Kusyairi masih tidak kelihatan walaupun selepas beberapa minit dia memekik telolong memanggilnya. Hazel sendiri bingit mendengar uminya terjerit-jerit. Besar betul la suara umi ni. Pernah tertelan speaker masjid ke?
"Umi... Hazel tak nak pergi!" Hazel masih membentak.
"Kenapa Hazel ni tak habis-habis nak malukan umi? Dekat sekolah nak malukan umi, sekarang pun nak malukan umi juga? Umi tak kira, Hazel kena ikut cakap umi kali ni," bebel Datin Harsyifah. Sikit-sikit nak ungkit hal di sekolah.
"Hazel tak sukalah umi nak paksa-paksa macam ni!" Tak tertahan lagi diri ini nak bersabar. Hazel hilang sabar dengan desakan uminya.
"You! You tengoklah anak you ni keras kepala," adu wanita itu kepada Dato Kusyairi yang sedang menyarung kasut di hadapan pintu.
Datin Harsyifah sudah bergerak ke pintu depan penumpang lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Masih geram dengan perangai degil dan keras kepala anak gadisnya itu.
Selepas selesai memakai kasut, Dato Kusyairi berjalan ke arah anak gadisnya.
"Hazel... Ikut ajelah cakap umi tu. Kang melalak pula dia kat sini. Mari masuk kereta," pujuk Dato Kusyairi, berbisik di telinga Hazel.
Biasanya, kalau Dato Kusyairi yang bersuara memujuk, dia memang auto akur kerana dia sememangnya cepat mengalah dengan daddynya itu. Daddynya lebih lembut berbanding uminya yang melayan dia dengan kasar. Kadang-kadang dia pelik. Dia anak umi ke anak daddy?
"Tapi daddy..."
"Cepatlah Hazel! Bakal suami kamu dah menunggu di rumah sana!" suara umi kembali kedengaran. Dia menjengukkan kepala dari tingkap kereta yang diturunkan separuh itu. Memberi jelingan amaran kepada Hazel untuk lekas masuk ke dalam kereta.
"Tengok tu! Hazel tak nak kahwin!" lawan Hazel, masih berkeras.
Inilah sebab kenapa dia dipaksa untuk ikut. Datin Harsyifah memaksa dia berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tak kenal. Klise, kan? Umi yang klise, bukan dia.
YOU ARE READING
Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)
Romance[WARNING! CLICHE & CRINGE STORYLINE] Pernah pecah rekod sebab asyik keluar masuk bilik disiplin? Harraz dan Hazel pernah. Bagi mereka, bilik disiplin sekolah ibarat rumah kedua. Satu dunia tahu Harraz dan Hazel seperti anjing dengan kucing. Kalau...